DUA pemain import Selangor FC iaitu Safuwan Baharudin dan Alex Agyarkwa kembali ke pangkuan kelab tersebut selepas menjalani tempoh pinjama selama setengah musim.
Safuwan dipinjamkan ke Lion City Sailors di Singapura sementara Agyarkwa menyertai Negeri Sembilan FC yang menyaksikan pemain itu cukup menyerlah bersama skuad Jang.
Akan tetapi, Selangor sudah memanggil kedua-dua pemain itu dengan mereka kembali berlatih bersama rakan sepasukan.
BACA LAGI: Hilang pemain termahal, Liverpool sedia lengkapkan perpindahan ‘sempurna’
BACA LAGI: ‘Dia mahu ke Piala Dunia’, CEO TFC jelaskan punca pemergian Nurillo

Selangor lawan JDT adalah pada 4 Januari sementara jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka sehari kemudian.
Kepulangan mereka jelas menggembirakan para penyokong yang berpendapat kualiti Safuwan dan Agyarkwa dapat membantu Selangor yang sedang mengalami masalah prestasi.
Ketibaan mereka dianggap tepat pada masanya dengan Selangor bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pertama mereka untuk 2026.
Namun begitu, semua itu tidak akan berlaku kerana aksi bertemu Harimau Selatan itu akan dilangsungkan sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka.
Menurut perkongsian Syafiq Qi, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia hanya akan dibuka pada 5 Januari 2026.
Sementara aksi Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya berlangsung pada 4 Januari namun boleh beraksi bermula 10 Januari bagi perlawanan berdepan DPMM FC.
Mereka juga tidak akan beraksi menentang Melaka FC yang dijadualkan pada Ahad.
"Untuk pengetahuan semua, mereka hanya boleh bermain pada perlawanan menentang DPMM pada 10 Januari.
"Jendela perpindahan dibuka pada 5 Januari, jadi jangan tanya pula kalau mereka tak ada masa lawan Melaka dan JDT," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
