LIVERPOOL terpaksa mendapatkan penyerang baharu selepas kehilangan pemain termahal mereka iaitu Alexander Isak akibat kecederaan.
Dengan The Reds hanya mempunyai satu penyerang semula jadi iaitu Hugo Ekitike, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu harus melakukan sesuatu supaya misi menghidupkan peluang mara ke posisi empat terbaik masih menyala.
Selepas berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas pada pertengahan tahun, Liverpool perlu kembali ke pasaran pemain untuk mendapatkan muka baharu.
BACA LAGI: ‘Dia mahu ke Piala Dunia’, CEO TFC jelaskan punca pemergian Nurillo
BACA LAGI: Beregu 'tangan kuat' kembali ke BAM

Ramos dianggap sebagai penyelesaian jangka pendek bagi krisis kecederaan Isak.
Memetik laporan di England, Liverpool bersedia mencari penyelesaian jangka pendek dengan membawa penyerang Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Goncalo Ramos.
Pemain antarabangsa Portugal itu ketika ini bukanlah pilihan utama pengendali PSG, iaitu Luis Enrique dengan Ramos sekadar melakukan 23 penampilan dalam semua kejohanan sambil menjaringkan sembilan gol.
Dengan Liverpool turut tempang tanpa ketiadaan penjaring gol prolifik, Mohamed Salah yang sedang bersama skuad Mesir di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), ia menambah sebab kenapa Liverpool harus mendapatkan Ramos.
The Reds dikatakan sedia menawarkan perpindahan secara pinjaman jangka pendek selama enam bulan kepada Ramos sehingga tamat musim.
Dengan keperluan mendesak Liverpool, Ramos dilihat dapat beraksi kerap jika memilih ke England ditambah dia perlu beraksi supaya dipanggil ke skuad Portugal menjelang Piala Dunia 2026.
Ramos dipandang sebagai pemain yang boleh melakukan tekanan (pressing) dengan baik sambil kualiti penyudahnya turut boleh menjadi igauan pertahanan lawan.
Dalam pada itu, Liverpool juga turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain PSG iaitu Bradley Barcola.
Pemain berusia 23 tahun itu disasarkan sebagai pengganti alternatif Liverpool terhadap Antoine Semenyo sekiranya bintang Bournemouth tersebut memilih ke Manchester City. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
