[VIDEO] Stesen minyak di Kulim runtuh, katanya dilanggar lori kontena tak lepas buat 'U-turn'


  • Tular
  • Sabtu, 27 Dis 2025

Kemalangan itu memaksa pengguna kenderaan sekitar Sg Ular untuk mengisi minyak di lokasi lain. — Media sosial

TULAR satu kejadian pada Sabtu apabila sebuah lori treler melanggar sebuah setesen minyak di Kulim, Kedah sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan roboh.

Dalam video dimuat naik di media sosial, kejadian difahamkan berlaku di Sg Ular apabila kenderaan berat itu dikatakan hendak membuat pusingan u, namun tidak berjaya.

Ini menyebabkan lori besar terbabit melanggar tiang stesen minyak itu sehingga mengakibatkan ia runtuh dan tidak boleh digunakan penduduk setempat.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyusur laluan belakang rumah, sekeluarga panik disamun 2 lelaki bermotosikal di Kulim

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa letupan mercun di Kulim dibenar keluar hospital, 2 suspek direman seminggu bantu siasatan

Berdasarkan perkongsian salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian, kejadian berpunca selepas kenderaan berat itu melanggar bumbung bangunan itu.

"Lori kontena melanggar bahagian atas bangunan sampaikan tiang semua rosak sehingga semua bangunan roboh. Tidak boleh isi minyak di sini, boleh pergi ke stesen lain," katanya.

Perkongsian itu kemudian menerima respons ratusan pengguna Facebook, termasuk yang berada di sekitar Kulim, Kedah yang terkejut akan kejadian terbabit.

Setakat ini, tiada sebarang laporan dikeluarkan berhubung punca kejadian serta keadaan pemandu, namun insiden itu dipercayai tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram