DUA lelaki maut selepas treler yang dinaiki mereka dihempap sebuah kenderaan berat yang mengelongsor di kawasan lampu isyarat Jalan Miri Bypass, Miri, Sarawak pada petang Rabu, lapor Buletin TV3.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti sebagai pemandu treler, Melintang Mamuwas, 55, dan kelindannya, Tan Gawan, 44, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 4.20 petang untuk menjalankan kerja menyelamat,” katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Kempunan habiskan pani puri, rahang wanita malang di India tiba-tiba terkehel
BACA LAGI: [VIDEO] Individu buat ancaman bom palsu di KLIA ditahan
Menurutnya, hentaman kuat menyebabkan bahagian atas kepala treler remuk mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang.
Anggota bomba kemudian membuka pintu treler bagi memberi laluan kepada pasukan perubatan melakukan pemeriksaan sebelum kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia.
“Pasukan bomba seterusnya mendapatkan bantuan kren bagi mengeluarkan mangsa, sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, satu perkongsian di Facebook oleh pengguna Chris Inau memaparkan rakaman treler bersama jentera berat berkenaan ketika meninggalkan kawasan kilang yang dipercayai menjadi detik-detik terakhir kedua-dua mangsa sebelum terlibat nahas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
