Warga emas maut nahas 3 kenderaan di Johor


  • Kes
  • Ahad, 14 Dis 2025

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

SEORANG lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 4.8, Jalan Kota Tinggi–Kluang, Johor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi itu melibatkan sebuah motosikal, sebuah kereta sedan dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Beliau berkata, mangsa yang merupakan penunggang motosikal berusia 73 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua buah kereta.

BACA LAGI: [VIDEO] Final Piala FA: Permainan terbuka boleh makan diri, Sabah bersedia ‘parking bas’ elak dimalukan JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat treler bawa helikopter halang laluan ambulans di KESAS

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung kemalangan maut yang melibatkan warga emas.

“Motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta di laluan bertentangan dan sebuah lagi kenderaan di laluan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Yusof, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Tambahnya, pemandu kereta sedan, seorang warga emas berusia 69 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu SUV, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram