PERSAHABATAN merupakan erti yang cukup besar dalam hidup seseorang kerana seseorang rakan boleh membawa perubahan, terutamanya sekiranya berdepan masalah besar.
Namun, seorang sahabat setia sukar ditemui kerana sering kali kita mendengar bagaimana sahabat akan meninggalkan kawannya jika terdapat ujian dan musibah menimpa.
Kisah itu bagaimanapun tidak dialami seorang penghidap kanser yang dikelilingi orang baik dan masing-masing tidak mahu meninggalkannya berseorangan di sisi.
BACA LAGI: Menyesal tak sudah, anggap diri gagal jadi suami lepas isteri hidap kanser meninggal dunia
Momen menyentuh hati itu dirakam dan dimuat naik menerusi TikTok Amer Carter apabila individu berkenaan sedang berada di kedai gunting rambut bersama tiga lagi sahabatnya.
Dia pada awalnya hanya mahu menggunting rambut seorang diri kerana penampilannya sedikit sugul dan rambutnya agak tipis disebabkan kesakitan dialaminya tersebut.
Namun, tidak lama selepas itu, tiga lagi rakannya mencukur rambutnya sehingga kelihatan botak sebagai tanda solidariti bersama penghidap kanser yang juga sahabat rapatnya itu.
“Sementara lelaki ini menghidap kanser, kami juga menggunting rambut kami sebagai tanda bersolidariti. Individu ini merupakan antara rakan yang paling rapat dalam hidup kami.
“Dia sudah didiagnos, pejuang kanser dan sedang dia dalam proses menjalani rawatan kimoterapi, kami tidak mahu dia berasa keseorangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tindakan tiga sahabat itu menyentuh hati individu yang berada di kerusi gunting rambut tersebut kerana masing-masing membuktikan kesungguhan dalam menyokong penghidap kanser berkenaan.
"Kami mengejutkan mereka dan mencukur rambut kami bersama-samanya. Kami berbangga dengan anda. Tak kisah apa yang akan berlaku pada masa akan datang, kami akan bersama-sama anda," katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
