KISAH seorang lelaki kehilangan isterinya baru-baru ini wajar dijadikan sebagai iktibar.
Berdasarkan perkongsian pengguna akaun Threads @thek.unknown, rakannya meluahkan penyesalannya kerana mengambil ringan terhadap kesihatan isterinya sebelum meninggal dunia.
Menurutnya, sikap mengambil remeh itu diteruskan meskipun sudah melihat gejala awal penyakit dialami si isteri.
BACA LAGI: Bapa gendong anak sakit terpaksa redah hutan, seberang sungai 4 meter ke hospital
BACA LAGI: Tidur berhimpit Gucci, jurugambar Jepun rakam realiti ekstrem 'fashion hoarder'

Keprihatinan terhadap pasangan memainkan peranan penting dalam rumah tangga. — Gambar hiasan/AI
“Isteri dia sakit lama. Sakit perut yang datang pergi, kadang sampai tak boleh bangun, terbaring sambil tahan perut dengan nafas tersekat.
“Tetapi dia cuma anggap itu sakit biasa. Dia sibuk dengan kerja, aktiviti larian, bermain bola dan lepak sampai lewat pagi.
“Dia ingat isteri dia kuat. Dia ingat semua itu tak serius,” ceritanya.
Lebih memberi kesan mendalam apabila terpacul ayat tidak sepatutnya diungkap seorang suami bertanggungjawab.
Ia secara tidak langsung menjadi kata-kata paling pedih pernah dikeluarkan.
“Sedang isterinya menahan sakit, dia boleh cakap ‘Awak ini selalu sakit sahaja. Anak ni siapa nak jaga? Jaga la kesihatan’.
“Mulanya doktor kata ulser, tetapi sakit semakin teruk.
“Bila buat pemeriksaan penuh, semuanya dah terlambat dan kanser tahap empat isterinya dah merebak,” jelasnya.
Katanya, rawatan juga tidak mampu menghentikan sel kanser tersebut.
Tidak lama kemudian, isterinya menghembuskan nafas terakhir.
Si suami bagaiamanapun terus dihantui penyesalan dan menganggap dirinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
“Sejak hari tu, kawan aku selalu cakap ‘aku gagal sebagai suami’.
“Dia gagal sebab dia ambil mudah orang yang terlalu sayangkan dia.
“Dia fikir pasangan akan selalu ada. Bila kau dah berumah tangga, amanah tu bukan main-main,” kaongsinya.
Kisah itu sekali gus memberi peringatan terutama kepada para suami agar lebig banyak meluangkan masa bersama pasangan berbanding beraktiviti di luar.
“Kalau kau rasa tak boleh letak pasangan sebagai keutamaan, jangan kahwin dulu,” pesannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
