Harimau Muda dilanda ujian tak diduga, Haqimi Azim pulang akibat kehilangan bapa tiri


  • Podium
  • Selasa, 09 Dis 2025

Haqimi kehilangan bapa tirinya di saat sedang berjuang untuk negara di Sukan SEA.

SESUATU yang tidak diduga menimpa kem skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di Sukan SEA apabila penyerangnya, Haqimi Azim Rosli terpaksa meninggalkan pasukan.

Menurut perkongsian pemerhati bola sepak tempatan, Zulhelmi Zainal Azam, Haqimi perlu pulang ke Malaysia selepas mendapat perkhabaran duka apabila bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff meninggal dunia akibat angin ahmar pada Selasa.

Haqimi mendapat perlepasan sementara untuk menguruskan jenazah bapa tirinya yang dikebumikan selepas solat Zohor.

BACA LAGI: Masih ada peranan, Selangor boleh jadi 'kingmaker' walaupun sudah tersingkir

BACA LAGI: Salah ‘tercicir’ ke Itali sebab bakal dijual, Liverpool pancing legenda ganti Slot

"Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi. Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima tetapi kami reda dengan ketentuan ALLAH.

"Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa, semoga ALLAH mengampunkan dosanya, menerima segala amalnya, dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.

"Qimi tak kuat macam ni Pa, tunggi Qimi balik Pa, Qimi nak jumpa Papa," kata penyerang itu.

Haqimi mendapat perlepasan khas untuk pulang ke Malaysia di saat Harimau Muda mempunyai dua hari saja sebelum turun berjumpa Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan acara bola sepak lelaki.

Setakat ini, tidak sebarang maklumat tambahan mengenai berapa lama Haqimi akan pulang ke Malaysia namun masih terdapat kemungkinan yang dia akan dikecualikan untuk aksi bertemu Vietnam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram