[VIDEO] Lain 'padang' bukan penghalang, pelancong selamba berbahasa Melayu minta arah di Itali


  • Massa
  • Khamis, 04 Dis 2025

Juruteknik tersebut tidak berdepan sebarang masalah dalam menunjukkan arah kepada pelancong Malaysia itu.

PERBEZAAN bahasa merupakan cabaran hebat buat mana-mana pelancong, termasuk dari dalam negara untuk berkunjung ke destinasi dengan demografi berbeza.

Meskipun kecanggihan teknologi mampu mengecilkan jurang komunikasi itu, orang ramai masih khuatir sekiranya perbezaan itu akan membawa kesukaran hebat.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya buat pengguna TikTok, Shahidan Nordin yang bersahaja menggunakan Bahasa Melayu ketika melancong di Itali.

BACA LAGI: [VIDEO] Bahasa Melayu bantu doktor Malaysia rawat pesakit Indonesia di Taiwan

BACA LAGI: Fizikal lambat tua jika boleh bertutur banyak bahasa — Kajian

Dalam satu video dimuat naik pada Isnin lalu, lelaki berkenaan pada awalnya hendak menggunakan khidmat pengangkutan tren bawah tanah melalui Stesen Central Napoli, Itali.

Namun, secara tiba-tiba, dia berhenti dan bertemu seorang juruteknik yang sedang membaiki eskalator dengan dia pada awalnya turut membantu individu lain.

"Nak pergi (Stesen) Baia Toledo lah," kata pelancong Malaysia itu menggunakan Bahasa Melayu yang tidak menyukarkan perbualan antara kedua-dua individu berkenaan.

Pekerja itu kemudiannya menunding jari ke arah stesen dimaksudkan dengan arahannya kurang difahami, tetapi masih mampu membantu pemilik akaun berkenaan.

Meskipun bahasa digunakan kedua-dua lelaki tersebut jelas berbeza, petunjuk diberikan masih membantu dalam membawa Shahidan ke destinasinya.

Pemilik TikTok itu difahamkan mahu pergi ke Stesen Baia Toledo.

Perbualan ringkas itu jelas mencuit hati pengguna TikTok lain yang berkongsi pengalaman masing-masing sementara ada yang berasa lucu akan situasi sebegitu.

"Dia cuma faham kerana kau cakap nama tempat itu sahaja. Jadi, sudah tentulah dia jangka kau tanya tempat itu. Kau cakap Bahasa Melayu pun bukan dia faham," kata qywm.

"Sama, dahulu kami pernah sesat nak ke lapangan terbang di Perancis. Seorang perempuan ini tolong kami dengan Bahasa Perancis, kami dengan Bahasa Melayu," kongsi NorAizaWM.

"Saya pergi ke Perancis, cakap Bahasa Inggeris tidak dilayan. Saya pakai Bahasa Melayu loghat Kelantan sahaja, lagi jernih mukanya nak jawab," kata Neniizazi995.

Penggunaan bahasa yang berbeza itu sememangnya menghalang proses komunikasi lancar, namun sekiranya mesej disampaikan dapat diterima, ia sudah memadai dalam memberi maksud. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram