MENGERJAKAN umrah secara do-it-yourself (DIY) tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan kini dilihat menjadi trend dalam kalangan generasi muda.
Perkara itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan masyarakat termasuk para mutawif yang berperanan penting dalam membimbing jemaah sepanjang melaksanakan ibadah umrah.
Berdasarkan topik dibahaskan di platform Threads baru-baru ini, ia menjadi suatu masalah apabila kebanyakan jemaah DIY dikesan kurang memahami hukum asas ketika melakukan ibada tersebut.
BACA LAGI: 'Sama macam tukar pad', pakar saran tak perlu tunggu sampai 12 jam bila guna 'menstrual cup'

Mutawif (kiri) bertanggungjawab memastikan segala memastikan jemaah menjalankan seluruh rangkaian ibadah sesuai dengan tuntunan agama Islam. — Gambar hiasan
Mengulas lanjut, pengguna akaun @izzuddinrosman, juga bertugas sebagai mutawif menzahirkan kegusarannya selepas melihat cara jemaah muda yang sering bergantung pada sumber tidak bertauliah di media sosial.
"Sebagai mutawif, saya risau tengok ramai Gen Z sendiri tak tahu hukum hakam.
"Bila langgar pantang larang ihram, umrah tak sah dan tak sempurna.
"Sampai nak nikah pun tak boleh kalau masih berada dalam ihram apatah lagi nak nikahkan anak perempuan.
"Jangan ambil mudah bab ini," katanya.
Berdasarkan penjelasan dari pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor, jumhur ulama dalam mazhab Syafi‘i, Maliki dan Hanbali menetapkan bahawa akad nikah dilakukan ketika seseorang yang berada dalam ihram adalah tidak sah.
Larangan itu juga meliputi pengantin (suami atau isteri), wali mahu pun wakil yang menjalankan akad tersebut.
Terdapat perbezaan antara individu berada di dalam ihram dengan yang sudah keluar daripada ihram tetapi belum selesai membayar dam.
Justeru, rata-rata warganet turut mengingatkan para jemaah agar tidak mengambil mudah tentang panduan dan larangan ketika melakukan ibadah umrah atau haji.
Jemaah yang memilih untuk melakukan umrah DIY bagaimanapun masih boleh mendapatkan mutawif bebas di Mekah atau Madinah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
