SEBAGAI rakyat Malaysia, ia sudah menjadi satu kelaziman untuk mampu bertutur lebih dari dua bahasa.
Dengan demografi Malaysia sebagai negara berbilang kaum, ia tidak mengejutkan apabila ramai di antara kita boleh bertutur dalam pelbagai bahasa walaupun bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan.
Tanpa disangka, bahasa Melayu yang diajar sejak kecil oleh rakyat negara ini berjaya membantu rakyat Malaysia merawat orang lain apabila di luar negara.
BACA LAGI: 'Baru betul letak bendera', jersi ke-3 Harimau Malaya kembalikan nostalgia era K. Rajagopal
BACA LAGI: Aksi Leeds United 'nyawa' terakhir, Slot salahkan Liverpool sudah hilang 'fear factor'
Dalam perkongsian di Threads, seorang doktor perubatan di Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu untuk mengatasi masalah komunikasi antara dia dan pesakit dirawatnya.
Doktor yang dikenali sebagai Jy Malva itu menggunakan bahasa Melayu ketika merawat pesakitnya yang berasal dari Indonesia.
Dalam video tersebut, dapat dilihat dia ada berkata, "saya boleh bagi ubat untuk persediaan, ubat itu untuk bagi bersin" kepada pesakit itu.
Menurut perkongsiannya, Malva mengatakan yang dia juga merupakan warga asing yang bekerja di negara orang, oleh itu tindakannya itu dianggap yang terbaik untuk mengatasi situasi tersebut.
"Saya juga seorang pekerja asing, ia adalah bentuk komunikasi paling berkesan dengan bercakap menggunakan bahasa yang masing-masing faham.
"Ia adalah cara terbaik untuk buatkan kami berasa seperti di tempat sendiri apabila mencari rezeki di negara orang.
"Cumanya bahasa Melayu saya mula 'berkarat', jangan marah saya, tolong saya tajamkan semula," katanya.
Malva merupakan seorang doktor perubatan yang pakar bagi hal ehwal jantung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
