Perkenal jenama skaf eksklusif Itali, Suria tinggalkan dunia korporat demi impian bina aksesori mewah tempatan


  • Bisnes
  • Selasa, 02 Dis 2025

Suria amat mementingkan kualiti fabrik dan kehalusan seni jahitan dalam penghasilan skaf Havara. — LEONG WAI YEE/The Star

MUSIM bunga di kebanyakan kawasan countryside atau pinggir desa di Britain cukup memukau dengan keindahan bunga-bunga liar berwarna-warni yang mula memekar mencipta landskap yang seakan-akan lukisan klasik.

Bunga lesser celandine atau nama saintifik ficaria verna yang kelopaknya kekuningan meliuk-liuk lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, sementara aroma segar tanah lembap dan haruman daripada flora yang mekar memenuhi udara. 

Panorama yang memancarkan keindahan, kehalusan dan warna yang sempurna itu menjadi ilham dalam dunia fesyen dan rekaan aksesori kepada pengasas Havara, Suria Ab Rahman yang baru berjinak-jinak dalam bisnes tudung.

BACA LAGI: Pernah bantu ayah jual tepi jalan, legasi Fateh Watches sambung julang budaya Malaysia, perkenal jam untuk wanita

BACA LAGI: Persis Kundasang, lembah tenusu Jemaluang produk agropelancongan terbaharu di Mersing

Photoshoot dan interviu pengasas skarf Havara mengenai perniagaan tudung premium Itali. — LEONG WAI YEE/The Stars

Salah satu rekaan skaf Havara di bawah koleksi British Countryside & Highlands Flora. — LEONG WAI YEE/The Star

Di sebalik setiap helaian skaf bercorak indah keluaran Havara, tersimpan perjalanan panjang penuh ketelitian dan kesungguhan Suria yang tidak pernah jemu bereksperimen dengan seni rekaan dan percetakan.

Menurutnya, proses awal pembikinan setiap koleksi mengambil masa yang panjang kerana elemen corak perlu melalui fasa lakaran, imbasan dan cetakan semula berulang kali bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

"Saya mula menceburi bisnes ini semasa PKP tapi ketika itu, saya fokus kepada reka bentuk dan proses itu mengambil masa lama kerana melibatkan banyak percubaan dan pengubahsuaian.

"Bagi saya, tiada jalan pintas dalam menghasilkan reka bentuk yang diingini bagi mencerminkan keindahan alam semula jadi yang mahu diterjemah ke dalam helaian fabrik ini," katanya.

Menariknya, pengalaman berkelana di United Kingdom semasa melanjutkan pengajian menjadi pencetus kepada penghasilan produk skarf Havara.

Koleksi pertama yang dilancarkan ialah British Countryside & Highlands Flora bersama-sama koleksi Signature, dengan harga bermula daripada RM390 hingga RM690.

Photoshoot dan interviu pengasas skarf Havara mengenai perniagaan tudung premium Itali. — LEONG WAI YEE/The Stars

Elemen bunga yang menjadi corak kegemaran pelanggan diketengahkan dalam koleksi skaf Havara. — LEONG WAI YEE/The Star

Bagi mendapatkan sentuhan yang lebih dekat dengan subjek rekaan, Suria turut bekerjasama dengan pereka grafik bebas dari UK dan Scotland.

"Cara kami melihat dan menilai sesuatu elemen seperti corak bunga ketika musim luruh misalnya, mungkin berbeza dan itu sebabnya saya collaborate dengan mereka untuk memastikan keaslian corak itu terjamin," katanya.

Cerita Suria, jenama skaf premium Itali menjadi 'benchmark' dalam pembikinan skaf Havara memandangkan ia lebih 'timeless' dan elegan, sekali gus meletakkan Havara di satu level berbeza berbanding jenama lain dalam pasaran tudung yang boleh dikatakan agak 'saturated' di Malaysia.

"Rekaan skaf di bawah jenama ini menampilkan nilai estetika tersendiri,” katanya yang melihat semangat itu sebagai dorongan untuk melahirkan identiti Havara yang moden, sofistikated dan kekal relevan.

Eksklusiviti skaf HAVARA turut terserlah kerana kesemuanya dikilangkan di Itali, justeru membawa label prestij ‘Made in Italy’ pada setiap produk yang dihasilkan.

“Saya memilih untuk menghasilkan skaf ini di Itali kerana kualiti fabrik, cetakan dan kerja pertukangan atau craftsmanship yang begitu halus serta kemas menjadikannya eksklusif serta tahan lama.

"Begitu pun, kami beri penekanan 'Made By Malaysia', kerana strategi, penciptaan nilai, serta creative direction (pengarahan kreatif) adalah dari Malaysia," ujarnya lagi.

Setiap helaian dibungkus dengan teliti dalam kotak hadiah eksklusif berona 'regal blue' yang turut menjadi warna signatur Havara, seterusnya menonjolkan nilai premium dan sesuai dijadikan cenderamata mewah.

Photoshoot dan interviu pengasas skarf Havara mengenai perniagaan tudung premium Itali. — LEONG WAI YEE/The Stars

Sebahagian koleksi Signature Havara. — LEONG WAI YEE/The Star

Meskipun masih baru, Suria memiliki misi dan visi cukup besar untuk Havara kerana dia tidak mahu terhad kepada pembikinan skaf sebaliknya turut ingin meluaskan jenama itu kepada rangkaian aksesori.

"We aspire to be an accessories house — dan the next product yang kami akan lancarkan adalah bag, Insya-ALLAH tahun hadapan. Selepas tu baru fashion jewelleries dan sebagainya," jelas Suria. 

Selain itu, Havara juga memberi penekanan kepada konsep ‘purposeful gifting’ — hadiah yang bukan sekadar cantik, tetapi membawa makna dan kisah tersendiri.

“Kami mahu orang teringat Havara bila mencari hadiah istimewa dan bersifat 'timeless'. Hadiah yang bukan sekadar trend sementara, tapi kekal relevan sampai bila-bila,” ujarnya.

Photoshoot dan interviu pengasas skarf Havara mengenai perniagaan tudung premium Itali. — LEONG WAI YEE/The Stars

Skaf Havara di bawah koleksi British Countryside & Highlands Flora berharga RM690 setiap satu. — LEONG WAI YEE/The Star

Untuk perancangan seterusnya, Suria berhasrat untuk mengeluarkan koleksi berdasarkan inspirasi-inspirasi global yang lain seperti geometrik, sejajar dengan tagline Havara iaitu 'Global Inspiration, Malaysian Soul' atau Inspirasi Global, Jiwa Malaysia.

"Koleksi kali ini juga lebih dekat kerana akan dilabel 'Made By Malaysia'.

Dalam dunia digital yang pantas, Suria menyedari kepentingan memahami DNA pelanggan dan menyesuaikan strategi pemasaran dengan pasaran sasaran baik dalam negara mahupun luar negara.

“Pasaran kami untuk semua golongan wanita khususnya. Tapi saya lihat pelanggan dari luar seperti Brunei masih gemar corak bercetak. Ia soal cita rasa individu,” tambahnya.

Dengan pendekatan teliti, nilai estetik tinggi dan strategi berfasa, Havara kini berada di landasan betul untuk berkembang sebagai jenama aksesori mewah tempatan yang berjiwa global.

Skaf Havara boleh didapati secara online di Instagram Havara dan laman web www.havaragroup.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram