Legenda Liverpool ‘standby’ kemudi The Reds jika Arne Slot dipecat


  • Podium
  • Selasa, 25 Nov 2025

Alonso (kanan) disebut-sebut akan menggantikan Slot di Liverpool.

DENGAN musim yang mencabar buat Liverpool, kedudukan Arne Slot sebagai pengendali The Reds dilihat semakin goyah terutamanya selepas kekalahan 0-3 kepada Nottingham Forest di laman sendiri pada Sabtu lalu.

Kekalahan tersebut menolak Liverpool ke zon 10 terbawah (bottom half) Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan The Reds kini mengutip 18 mata daripada 12 perlawanan.

Dilaporkan,Slot kini diberi kata dua oleh pengurusan tertinggi Liverpool dengan dia mesti membaiki prestasi pasukan sebelum Januari tiba atau berdepan pemecatan.

BACA LAGI: Rekod 'away form' jadi nyawa Penang jumpa Sabah, elak risiko kelab ditutup

BACA LAGI: Kontrak hampir tamat, apa nasib Nurillo di TFC?

Kata dua itu bukanlah omong kosong kerana Liverpool dilaporkan sudah menyediakan pengganti sekiranya Slot meninggalkan kelab itu.

Legenda kelab yang kini menguruskan Real Madrid, Xabi Alonso disebut-sebut menjadi pilihan untuk menggantikan Slot dengan dia berminat untuk kembali ke Anfield.

Alonso dikatakan bersedia untuk kembali ke Anfield apabila ditawarkan peluang dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi urusan bola sepak di Liverpool, Michael Edwards begitu berminat dengannya.

Edwards dikatakan sudah lama mahu membawa Alonso ke Anfield namun usaha itu terhenti apabila legenda Sepanyol itu memilih untuk ke Real selepas mengendalikan kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Ia ibarat talian hayat buat Alonso yang dikatakan berdepan masa sukar di Real dengan kedudukannya sebagai pengurus dalam bahaya walaupun sedang mendahului LaLiga.

Alonso dilaporkan kehilangan sokongan oleh para pemain Real dengan beberapa pemain mula tidak senang dengan corak pengurusannya terutama Vinicius Jr.

Jika benar Alonso kembali ke Anfield, dia akan bersama semula dengan Jeremie Frimpong dan Florian Wirtz yang pernah diuruskannya semasa di Leverkusen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram