TANPA disedari, kontrak pemain tengah Terengganu FC (TFC), Nurillo Tukhtasinov kini menghampiri penghujungnya.
Dengan dia sudah pun bersama TFC sejak 2023, pemain dari Uzbekistan itu menjadi antara fan favourite kerana kemampuannya mengawal bahagian tengah dengan baik.
Namun begitu, masa depan Nurillo menjadi tanda tanya dengan kontraknya semakin tamat.
BACA LAGI: Krisis pertahanan tengah The Gunners, kehilangan Gabriel ujian besar Arsenal buru gelaran EPL
BACA LAGI: Suka main solo, Mo Salah dituduh jadi punca bintang mahal Liverpool 'flop'
Berdasarkan perkongsian Bikem Studio, kontrak Nurillo akan tamat pada 31 Disember kelak dengan TFC mempunyai pilihan untuk menyambung setahun lagi.
Boleh dikatakan yang TFC mempunyai kawalan terhadap masa depan Nurillo dengan kelab itu boleh memilih untuk menyambungnya dengan menekan 'butang' penyambungan kontrak tersebut atau melepaskannya.
Malah, TFC juga boleh duduk berunding dengan Nurillo untuk memberikan kontrak baharu kepadanya dengan tempoh lebih lama.
Hal ini kerana, pemain itu kini memasuki fasa kemuncak karier pada usia 28 tahun dan ia adalah satu tindakan bijak buat TFC mengekalkan khidmatnya.
Jika Nurillo dikekalkan, ia pasti akan disambut baik oleh penyokong yang mahu melihat bintang tersebut terus kekal di Gong Badak buat beberapa musim lagi.
Ia turut akan memerlukan jurulatih membina taktikal dengan menjadikan Nurillo sebagai watak utama bagi membolehkan TFC lebih mantap dan mencabar.
Akan tetapi, dengan Uzbekistan menyertai Piala Dunia 2026, ia memungkinkan Nurillo memilih untuk meninggalkan TFC demi menghidupkan peluang dipanggil ke skuad kebangsaan.
Walaupun peluangnya kecil dan cuma ada dua penampilan saja setakat ini untuk negaranya, tidak salah untuk Nurillo mencuba kerana peluang cuma datang sekali.
Situasi kontrak Nurillo jelas menguji kedua-dua pihak dengan masa semakin suntuk untuk keputusan dibuat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
