Lebih 300 guru-pelajar diculik, kes kedua dalam tempoh seminggu di Nigeria


  • Benua
  • Sabtu, 22 Nov 2025

Keadaan selepas penculikan dilakukan menyebabkan lebih 300 orang menjadi mangsa.

NIGERIA berdepan penculikan besar-besaran sebanyak dua kali dalam satu minggu dengan pelajar dan guru sekolah di negara tersebut menjadi tebusan.

Memetik laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 315 pelajar dan guru menjadi mangsa culik di beberapa buah sekolah di negeri Kebbi dan Niger.

Insiden pertama berlaku Isnin lalu dengan 25 pelajar perempuan menjadi mangsa sebelum satu lagi kejadian berlaku di Sekolah St. Mary, Niger pada Jumaat.

BACA LAGI: 'Baru rasa nikmatnya makan tanpa asap rokok', wanita kongsi pengalaman perit di Medan

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL

Menurut laporan, kejadian pada Jumaat itu mencatatkan jumlah mangsa lebih ramai iaitu 303 pelajar dan 12 guru diculik.

Jumlah itu menghampiri separuh bilangan keseluruhan pelajar sekolah tersebut iaitu 629 orang.

Kejadian di dua negeri itu membuatkan negeri-negeri lain di Nigeria mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan semua pelajar.

Negeri seperti Katsina dan Plateau antara yang bertindak menutup semua sekolah dan mengarahkan langkah berjaga-jaga diambil.

Serangan ke atas sekolah di dua negeri Nigeria itu adalah tindak balas terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara Afrika tersebut.

Nigeria sebelum ini pernah mempunyai sejarah hitam penculikan besar-besaran apabila 300 gadis diculik militan Boko Haram lebih sedekad lalu.

Sehingga ke hari ini, mangsa penculikan besar-besaran itu masih ada yang tidak dapat dikesan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Nigeria, Sekolah St. Mary, Niger, Kebbi, culik