Petrol RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September, unit beruniform, penerima STR nikmati lebih awal


  • Massa
  • Isnin, 22 Sep 2025

Seramai 16 juta warganegara yang memegang lesen memandu sah akan menikmati subsidi tersebut.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September depan di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, langkah itu akan memanfaatkan sehingga 16 juta warganegara dengan mereka memegang lesen memandu sah layak menerima subsidi bahan bakar tersebut.

Mereka yang tidak layak menerimanya, seperti warga asing perlu membeli RON95 dengan harga tidak bersubsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

BACA LAGI: RM2j untuk Pendekar Madani - PM Anwar

BACA LAGI: PM Anwar lancar buku ahli ekonomi terkenal China

PUTRAJAYA, Jan 4 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim holds a media conference after chairing the Cabinet Ministers meeting at the Perdana Putra building today.—fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Seramai 16 juta pemegang lesen memandu akan menerima manfaat dari subsidi tersebut.

"Manfaat ini diberikan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di samping menghargai semua warganegara.

"Bermula 30 September, warga asing dan syarikat besar tidak lagi layak menerima subsidi, jadi ini hanya untuk kegunaan peribadi, Mereka perlu membayar RM2.60 untuk petrol RON95," kata beliau.

Tambah Anwar, pengguna yang layak boleh membeli sehingga 300 liter petrol RON95 sebulan, tetapi pemandu e-hailing boleh memohon untuk diberikan had lebih tinggi.

Selain itu, sebagai bentuk penghargaan, polis dan anggota tentera akan menikmati harga baharu itu lebih awal bermula Sabtu sementara golongan berpendapatan rendah (B40) yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmati harga subsidi baharu itu bermula Ahad.

Pegawai polis akan menikmati kadar baharu itu seawal Sabtu.

Pelaksnaan tersebut dibuat bagi membolehkan orang ramai dapat membiasakan diri dengan mekanisme RON95 secara berperingkat.

Mengenai mekanisme penggunaan BUDI95, beliau berkata, rakyat dinasihatkan supaya semak cip MyKad supaya berfungsi dan memiliki lesen memandu sah.

"Seperti SARA, tiada pendaftaran diperlukan untuk BUDI95, hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi.Hampir serupa dengan proses transaksi semasa, hanya tambah satu langkah pengesahan MyKad diikuti proses biasa untuk membayar.

"Disediakan pembaca MyKad di dalam kedai dan juga di pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Untuk mereka yang celik digital, terdapat opsyen digital seperti Touch 'n Go dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, supaya tidak memerlukan MyKad setiap transaksi," kata beliau. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram