'Mereka best friend, selalu jemaah di Masjid Sadaka', 2 kanak-kanak maut basikal dirempuh kereta di Yan


  • Kes
  • Sabtu, 22 Nov 2025

Mangsa berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. — FB

DUA kanak-kanak lelaki maut selepas basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Sedaka Tengah, di Yan, Kedah pada Sabtu.

Kedua-dua mangsa berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu berlaku ketika dua kanak-kanak terbabit menaiki sebuah basikal dengan salah seorang berdiri di bahagian belakang.

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL

BACA LAGI: Jasad penyelia pembinaan hanyut ditemukan 45km dari Pintasan Saloma

Basikal yang dinaiki mereka kemudian dikatakan dilanggar sebuah kereta dari arah belakang

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian dan perkembangan kes akan dimaklumkan selepas siasatan lengkap dilakukan,” katanya.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Mohd Farizal Amin yang dipercayai penduduk setempat memaklumkan bahawa dua kanak-kanak itu merupakan kawan baik.

"Arwah berdua ni best friend, rapat di sekolah dan di luar. ALLAH lebih sayangkan anak-anak ini. Bermain, belajar dan kembali ke Rahmatullah bersama-sama, asbab yang sama," katanya.

"Tengok wajah anak-anak ini nampak anak yang baik, ada baca tadi arwah berdua sellau berjemaah di Masjid Sedaka," ujar Amierah Haris.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram