[VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL


  • Kes
  • Khamis, 20 Nov 2025

Operasi memindahkan penumpang ke gerabak lain sedang dilakukan. — Business Today

SEBUAH tren monorel terkandas di tengah-tengah Kuala Lumpur pada Khamis, menyebabkan 373 penumpang terpaksa dipindahkan.

Monorel tersebut tersangkut di laluan Medan Tuanku berhampiran dengan Maju Junction dengan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi.

Ketika kejadian, monorel itu tersangkut di antara stesen Jalan Sultan Ismail menghala ke stesen Chow Kit.

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL

BACA LAGI: 'Dah tumpul pun masih jadi pemain utama', penyokong beri 5 sebab skuad HM makin merosot

Komander Operasi PBK I Mohamad Remi Che Hat berkata, seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi bersama satu jentera dan  seorang wanita berusia 58 tahun pengsan semasa kejadian.

"Kesan daripada kejadian itu telah menyebabkan kesemua penumpang terperangkap di dalam tren dan salah seorang daripada penumpang terlibat pengsan.

"Dengan bantuan pihak pengurusan Monorail, kesemua mangsa yang terlibat telah berjaya dipindahkan ke sebuah tren gantian dan kemudiannya diturunkan berhampiran Stesen Monorail Jalan Sultan Ismail," katanya dalam kenyataan.

Wanita yang pengsan itu menerima bantuan kecemasan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat tamat pada 11.03 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram