PENGENDALI khidmat Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd sedia membantu siasatan berhubung kemalangan sebuah motosikal sekitar Hulu Langat, Selangor pada Rabu.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat itu mengambil maklum akan insiden tersebut yang dipercayai melibatkan bas laluan dari Cheras Batu 10 ke Sungai Lui.
"Rapid Bus mendapatkan maklumat awal daripada pasukan operasi dan sedang dalam proses memastikan fakta kejadian disahkan dengan jelas bagi memudahkan siasatan dalaman dijalankan.
BACA LAGI: Rakyat bengang, pas perjalanan RapidKL My30 ditukar My50
BACA LAGI: Ribuan penumpang naik angin MRT buat hal
"Pihak Rapid Bus bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya siasatan dijalankan berhubung insiden ini," tulisnya.
Syarikat pengangkutan itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan.
Dalam video tular sejak Rabu, kelihatan orang ramai berkerumun di bahu jalan sekitar Batu 18, Hulu Langat dipercayai akibat tumpahan minyak.
Rakaman lain pula menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku akibat kemalangan dengan kelihatan pihak berkuasan di lokasi kejadian dipercayai juga berpunca akibat tumpahan minyak.
Meskipun tiada pengesahan mengenai keadaan mangsa, terdapat perkongsian di media sosial menyatakan insiden itu mengorbankan nyawa penunggang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
