Misteri kehilangan kapten Sang Kenari terjawab, rupanya terbabit kemalangan sebelum jumpa JDT II


  • Podium
  • Rabu, 19 Nov 2025

Zamri mengalami kecederaan sebelum beraksi menentang JDT II.

MISTERI kehilangan ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA), Zamri Pin Ramli selama dua minggu akhirnya terjawab apabila kelabnya mengumumkan status pemain tersebut.

Menurut (KDA) dalam kenyataan pada Rabu, Zamri sebenarnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa ke padang latihan sebelum KDA berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam aksi Liga A1 Semi-Pro.

Kecederaan yang dialami akibat kemalangan itu pada mulanya dianggap kecil sebelum pemeriksaan lanjut di hospital mendapati terdapat pendarahan serius kepada pemain tersebut. 

BACA LAGI: 'Tak perlu berdiri tepi jalan,' Prabowo minta pelajar fokus sekolah ketika lawatan kerja presiden

BACA LAGI: Pening hilang pertahanan penting, TFC nilai pemain lain ganti Safwan Mazlan

Pemeriksaan mendapati terdapat serpihan tulang yang pecah serta pendarahan pada lutut Zamri dengan pakar perubatan menasihatkan agar dia perlu menjalani pembedahan.

"Kemalangan beliau pada awalnya disangka tidak serius namun setelah mengadu kesakitan di bahagian kaki, beliau terus menjalani pemeriksaan di hospital.

"Setelah keputusan MRI dan ujian lain keluar, hasil dari itu didapati terdapat pendarahan yang agak serius di bahagian lutut dan terdapat serpihan tulang lutut yang pecah, impak dari kemalangan tersebut.

"Dia tidak dapat meneruskan latihan dan bermain dalam perlawanan KDA menentang JDT II dan perlawanan seterusnya atas nasihat pakar perubatan. Dia telah dijadualkan menjalani pembedahan dan selamat menjalani prosedur membuang serpihan tulang semua petang Selasa," kata KDA.

Walaupun mengakui agak pincang tanpa ketua pasukan, namun KDA tetap akan meneruskan perjuangan dalam Liga A1 sehingga Zamri boleh kembali beraksi.

KDA kini menduduki tempat tercorot Liga A1 selepas 12 perlawanan dengan hanya mengutip empat mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram