Tak sempat siapkan poster saat ahli keluarga meninggal cetus idea cipta Takziah.com


  • Massa
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Laman sesawang tersebut menyediakan platform mudah akses untuk mana-mana individu yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

SUDAH menjadi kebiasaan pada hari ini apabila keluarga atau kenalan akan menghasilkan poster untuk mengumumkan sekiranya seseorang itu meninggal dunia.

Bagaimanapun, terdapat kekangan yang boleh dihadapi sekiranya pengguna media sosial itu tidak mempunyai pengetahuan atau akses untuk menghasilkan poster sedemikian.

Menyedari kesukaran tersebut, seorang pengguna Threads, Abu Alif 120 tampil menyediakan platform takziah.com bertujuan memudahkan sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang.

BACA LAGI: Kemalangan bas UPSI: Agong, Raja Permaisuri, Sultan Pahang, Permaisuri zahir ucapan takziah

BACA LAGI: PM Anwar ucap takziah buat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin

Contoh templat poster kematian yang sering digunakan ketika hendak menyampaikan berita kematian.

Dalam perkongsian di media sosial peribadinya, dia menyatakan laman sesawang itu didirikan kerana pernah menghadapi isu sedemikian sebelum ini.

"Dulu pernah ahli keluarga meninggal, tak sempat buat. Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Waktu itu menggelabah nak buka platform lain dan hendak cari gambar. Semoga projek kecil ini dapat digunakan sebaiknya," katanya.

Hantaran itu dibuat berserta pautan ke laman sesawang berkenaan yang mudah difahami kerana pengguna hanya perlu memuat naik gambar dan sedikit latar belakang.

Malah, orang ramai boleh memuat turun poster itu secara percuma dengan platform berkenaan meringankan beban mereka yang terkejut akan kehilangan orang tercinta.

Screenshot

Statistik mendapati laman sesawang tersebut sudah menerima sambutan menggalakkan. Threads/AbuAlif120

Inisiatif tersebut turut menerima perhatian menggalakkan kerana statistik pernah mendapati terdapat 22 poster dihasilkan dalam tempoh 30 minit.

"Ada 75 orang klik 'button CTA (call-to-action)' untuk buat poster. Ada 36 orang yang isi borang takziah itu seperti nama dan tarikh. Ada 28 orang hasilkan poster takziah lepas isi butiran.

"Ada 22 orang muat turun gambar dan terdapat empat pengguna klik pada pautan panduan. Senang untuk kita nilai dan tengok berapa ramai yang akses," katanya.

Usaha itu sememangnya wajar dipuji kerana secara tidak langsung, pengguna dapat mengakses templat poster dan menghasilkannya dalam tempoh singkat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram