[VIDEO] ‘Bila kita cakap kita buat’, Shaukat diberi amaran pasal parkir paling ‘bahaya’ di dunia sebaik tiba pejabat WWE


  • Podium
  • Rabu, 12 Nov 2025

Ayez Shaukat sebelum ini menentang Danny Limelight di Walker Texas Lawyer Arena pada Sabtu lepas. — Facebook/Shaukat

AHLI gusti profesional tanah air, Ayez Shaukat-Fonseka Farid atau lebih dikenali sebagai Ayez Shaukat baru-baru ini mencuri tumpuan selepas melakukan debutnya di Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan perkongsiannya di Facebook miliknya, Ayez Shaukat berkongsi satu foto yang kelihatan seperti gambar selepas perlawanan Row Championship di Texas, Amerika Syarikat.  

Berdasarkan poster perlawanan yang dimuat naik laman Instagram, Reality of Wrestling, Ayez Shaukat difahamkan menentang Danny Limelight di Walker Texas Lawyer Arena pada Sabtu lepas (waktu Malaysia).

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Satu pencapaian yang tiada satu pelakon Malaysia pun boleh buat’, Shaukat makin menyinar di Hollywood

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih 10 tahun kejar impian, Shaukat jalin kerjasama dengan legenda WWE Booker T

Debut atlet berusia 38 tahun itu menerima pelbagai respons positif dalam kalangan penyokong, selain ramai menanti Ayez Shaukat berkongsi perjalanannya di bumi Hollywood tersebut.

Dalam satu hantaran terbaharu di laman Facebook, Ayez Shaukat berkongsi video momen dia melangkah masuk ke ibu pejabat World Wrestling Entertainment (WWE). 

"Bila kita cakap kita buat, kita buat, bagi sampai jadi. Buat yang terbaik kita boleh - berikan semua nya, dan capai lah sejauh mana kita boleh capai menjangkaui akal.

"Tiada impian yang terlalu kecil. Usaha. Doa. Tawakal. PS: Terima kasih Datuk Abi sponsor kemandirian saya di USA untuk trip kali ni.

"Satu-satunya yang percaya pada saya. Nah surprise untuk Datuk Abi, tak salah tempat Datuk sponsor," katanya. 

Menariknya, video di kawasan parkir sebelum ke ibu pejabat itu menjadi topik utama di ruangan komen pengikut Ayez Shaukat apabila sebahagian mereka memberi amaran mengenainya.

"Hati hati coach. Macam-macam insiden slalu jadi kawan ini. All the best coach. Moga dipermudahkan sgala urusan. Moga terus sukses," kata pengikut Facebook, Nor Wajdi Waqiyuddin.

"Wehh... WWE performance centre ke? Langkah semakin hampir. Hati-hati. Ini kawasan parking paling bahaya dekat dunia," komen penyokong sukan tempur, Haz Haze. 

"Jaga-jaga, kawasan paling bahaya di dunia (parking lot NXT). Raw vs Smackdown 2007, Batista kena chokeslam atas kereta," komen penyokong Ayez Shaukat, Muhammad Fakhrul Shamrock. 

Komen itu diberikan kerana sebelum ini pelbagai insiden atau pertempuran berlaku di kawasan parkir WWE seperti mana pernah disaksikan pada 2025 apabila pasukan Raw dan Smackdown bertembung. 

Meskipun sudah lama berlaku, ia masih diingati ramai lebih-lebih lagi selepas Batista mengalami kecederaan akibat dihentak ke atas kereta oleh dua lawan besar iaitu Big Shaw dan Kane. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram