Kemalangan bas UPSI: Agong, Raja Permaisuri, Sultan Pahang, Permaisuri zahir ucapan takziah


  • Video
  • Isnin, 09 Jun 2025

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar itu.

Sementara itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. — Majoriti

TONTON LAGI: https://majoriti.com.my/video

SUBSCRIBE: https://tinyurl.com/37ama65y

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram



Video Selebihnya

Semua
Berita
Relaks
Duduk Sembang
PSA