PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pemergian bekas Menteri Kewangan itu, yang meninggal dunia pada Rabu (13 November).
Beliau berkata, kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan.
"Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC
BACA LAGI: Polis buru 2 suspek pecah tabung, curi duit madrasah di Ampang
Allahyarham Daim, 86, meninggal dunia pada 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 selepas Asar ini.
Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram