Namewee hanya dibebaskan selepas laporan bedah siasat selesai — Polis


  • Kes
  • Khamis, 13 Nov 2025

Namewee (kanan) terpalit dengan kes kematian Hsieh Yun Hsi (kiri).

PIHAK polis hanya akan membebaskan penyanyi rap, Namewee selepas laporan bedah siasat kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsi, selesai. 

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis (13 November) selama dua minggu sehingga 26 November.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jalan berlopak tapi pandu laju', treler rempuh trak pikap di Jalan Pesisir Bintulu-Miri

BACA LAGI: [VIDEO] Zus Coffee buat laporan polis staf diserang pelanggan, nafi berhentikan pekerja

Datuk Fadil Marsus

"Dia akan dibebaskan (dengan jaminan polis) sementara kami masih menanti laporan bedah siasat.

"Kertas siasatan akan dirujuk semula oleh Pejabat Peguam Negara setelah laporan bedah siasatan diperoleh," katanya.

Sebelum ini, Namewee ditahan pihak polis selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kematian Hsieh.

Pada mulanya, kes kematian tersebut dikelaskan sebagai mati mengejut sebelum polis mengubahnya menjadi pembunuhan.

Siasatan mendapati yang Namewee adalah orang terakhir bersama-sama Hsieh di sebuah bilik hotel pada 22 Oktober sekitar 1.40 petang.

Dia kemudiannya ditahan kerana dakwaan mempunyai dan menggunakan dadah namun dilepaskan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan berkaitan bahan terlarang itu di Mahkamah Jalan Duta pada 24 Oktober. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram