Man United sedia bagi Amorim RM590 juta, pintas Liverpool rebut 'winger' terhangat EPL


  • Podium
  • Khamis, 13 Nov 2025

Antoine Semenyo (tengah) diburu oleh Manchester United. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk 'memecah' tabung untuk memastikan mereka dapat kembali semula ke saingan utama Eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan.

Kelab tersebut dikatakan bersedia memberikan pengurus, Ruben Amorim bajet perpindahan sebanyak £110 juta (RM590 juta) untuk digunakan semasa jendela perpindahan Januari kelak.

Sasarannya adalah untuk mendapatkan pemain terbaik supaya misi kembali ke UCL dapat dilaksanakan.

BACA LAGI: Walaupun lambat panas 'enjin', Jairo kini dapat bayar semula kesabaran penyokong JDT

BACA LAGI: Aksi atas padang Selangor FC sepatutnya selari dengan pujian ‘next level’ fans Persib Bandung

Dilaporkan, United sedia untuk bertarung dengan musuh tradisi, Liverpool untuk mendapatkan pemain Bournemouth, Antoine Semenyo.

Pemain itu yang kini berada pada prestasi terbaiknya dilaporkan sedang diburu oleh Liverpool sambil United turut mahu menguatkan serangan mereka dengan mendapatkan Semenyo.

Setakat ini, Semenyo sudah menghasilkan enam gol dan tiga bantuan jaringan dalam 11 aksi liga.

Bintang berusia 25 tahun itu dilaporkan pernah berbincang dengan United mengenai potensi berpindah ke Old Trafford sebelum Semenyo menandatangani kontrak baharu bersama The Cherries yang menyaksikan dia kekal sehingga 2030.

Akan tetapi, pendirian pemain itu sudah berubah dengan Semenyo dilaporkan mendesak untuk meninggalkan Bournemouth pada Januar namun tidak dipastikan sama ada ke Old Trafford atau Anfield.

United dikatakan tidak kisah membayar harga mahal sekali pun untuk mendapatkan Semenyo asalkan pemain tersebut menyertai mereka.

Dalam masa yang sama, United dalam proses untuk mendapatkan pemain Atletico Madrid, Conor Gallagher secara pinjaman dari Atletico Madrid.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha mereka mencari pengganti kepada Kobbie Mainoo yang mahu meninggalkan kelab. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram