[VIDEO] Zus Coffee buat laporan polis staf diserang pelanggan, nafi berhentikan pekerja


  • Massa
  • Rabu, 12 Nov 2025

Insiden di mana pelanggan mencampakkan air minuman kepada petugas di sebuah kafe kopi terkenal.

JENAMA kopi, Zus Coffee mengambil tindakan terhadap pelanggan mereka yang bertindak kasar terhadap baristanya dengan membuat laporan polis.

Dalam kenyataan pada Rabu, Zus menyatakan yang laporan polis sudah pun dibuat terhadap pelanggan tersebut yang dipercayai warga asing.

Kejadian yang tular pada 9 November menyaksikan pelanggan tersebut dilihat bertindak luar kawalan dengan membaling air minuman yang dipesannya terhadap barista itu.

BACA LAGI: Gara-gara kerap tayang 'selfie', wanita Indonesia dipukul suami tua cemburu buta

BACA LAGI: 'Beli je tiket', saya sampai', besarnya dedikasi Amri Yahyah terhadap bola sepak Sabah

Jenama kopi berkenaan mengatakan yang laporan polis dibuat sehari selepas kejadian dengan mereka turut menafikan pekerja tersebut diberhentikan seperti didakwa di media sosial.

"Laporan polis sudah dilakukan pada Isnin dengan memastikan keselamatan dan privasi barista kami dilindungi.

"Barista kami masih lagi sebahagian daripada jenama ini dan sedang mengambil cuti berjaga untuk pulih daripada insiden tersebut kerana kebajikannya menjadi keutamaan kami.

"Insiden ini memberikan kesan kepada mental dan kami memohon agar komuniti media sosial untuk memadam sebarang siaran yang mendedahkan apa-apa identiti," kata jenama tersebut.

Pada masa yang sama, Zus memberitahu akan mengukuhkan sistem sokongan dan latihannya untuk membina budaya kerja yang lebih baik rentetan isu tersebut. — The Star/ BENAJMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram