[VIDEO] Bukan sebab nak bersin ‘singgah’, pembaca berita akui tak mampu tahan gelak ketika 'live'


  • Massa
  • Rabu, 12 Nov 2025

Akma Salleh (kanan) berjaya menahan diri daripada mengganggu siaran langsung tersebut.

TULAR sebuah kejadian mencuit hati baru-baru ini apabila penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan tersasul ketika sedang bersiaran langsung.

Dalam video pendek yang beribu kali dikongsikan ketika ini, pembaca wanita itu sedang mengakhiri siaran tersebut, namun secara tiba-tiba pembacaannya tersasul.

Malah, penyampai lelaki yang bersama di sampingnya turut sedaya upaya mencuba untuk tidak mengganggu siaran dengan menahan diri daripada tergelak.

BACA LAGI: Terima 73 laporan polis, kes penyampai radio ERA persenda upacara agama dirujuk Peguam Negara

BACA LAGI: Penyampai Suria FM bantu bomba pujuk lelaki stres atas bumbung bangunan Menara LPP

Insiden mencuit hati tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dengan rata-rata berasakan kejadian berlaku kerana penyampai terbabit hendak terbersin.

Bagaimanapun, pembaca berita itu, Akma Salleh tampil menjelaskan punca sebenar perkara berkenaan dengan menyatakan terdapat hal lucu yang berlaku di dalam studio.

"Maaf semua, ada perkara lucu yang terjadi semasa siaran langsung. Jadi, semasa itu sedang sedaya upaya menahan daripada gelak. Tetapi, apakan daya, memang tak mampu nak menahan gelak," katanya menerusi Threads.

Penjelasan itu sudah cukup untuk menceritakan punca di sebalik kejadian berkenaan meskipun tidak dikongsikan lanjut apakah yang sebenarnya berlaku.

Insiden sebegitu sememangnya kerap berlaku apabila penyampai berita terpaksa mengawal emosi ketika siaran langsung yang pasti menjadi cabaran hebat dalam bidang terbabit.

Namun, menerusi latihan dan pengalaman, pembaca boleh mengelak yang akan mengganggu siaran dan menjatuhkan imej sesebuah stesen televisyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram