Penyampai Suria FM bantu bomba pujuk lelaki stres atas bumbung bangunan Menara LPP


  • 112
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Sepasukan anggota bomba dan Ajak Shiro (songkok hitam) membantu menenangkan lelaki terbabit (baju merah) di tingkat 11 Menara LPP pada Jumaat. — Bomba

PENYAMPAI Suria FM, Ajak Shiro bersama anggota bomba dilaporkan berjaya memujuk seorang lelaki yang dikatakan mengalami tekanan perasaan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan itu dilakukan sendiri oleh lelaki berkenaan.

Pangggilan tersebut juga dijawab oleh pihak PGO Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Kongsi foto cincin di jari manis, Syafiq Kyle-Mimi Lana dikhabarkan bernikah tanpa pengetahuan peminat

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit

6158887050271638860

Kejadian berlaku di tingkat 11 bangunan Menara LPP.

Katanya, kecekapan serta ketenangan pegawai tersebut dalam mengendalikan proses memujuk mangsa telah dilakukan selama kira-kira 30 minit melalui perbualan telefon.

Individu tersebut juga memohon untuk bercakap dengan kenalannya, Ajak Shiro.

"PGO Kuala Lumpur berjaya menghubungi selebriti itu sebelum menyambungkan talian kepada invidivu tersebut.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pukul 10.32 pagi, mangsa berada di hujung bangunan tingkat 11," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, para anggota juga mengalami kesukaran untuk mendekati mangsa kerana terdapat senjata tajam (parang) yang dipegangnya.

Mangsa bagaimanapun berjaya dipujuk dengan bantuan selebriti tanah air tersebut yang turut hadir ke lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram