[VIDEO] Kembali jumpa bekas kekasih, semata-mata nak tunjuk baki wang dalam bank


  • Benua
  • Isnin, 03 Nov 2025

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki datang ke kedai milik bekas kekasihnya semata-mata untuk menunjukkan baki wang dalam akaun banknya.

TULAR di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki datang ke kedai milik bekas kekasihnya dipercayai di Indonesia semata-mata untuk menunjukkan baki wang dalam akaun banknya.

Menerusi video berdurasi satu minit enam saat yang tular sejak Ahad, kelihatan lelaki berkenaan datang ke kedai tersebut sambil membawa kad ATM di tangannya. 

Pada mulanya, ramai menyangka dia datang untuk membeli barangan, namun rupa-rupanya tujuan sebenar hanyalah untuk ‘mempamerkan’ kewangan semasanya kepada bekas kekasih. 

BACA LAGI: 'Nak petik buah boleh tapi ikut undang-undang', Aliff Ahmad tegur rakyat Malaysia guna visa pelancong cari rezeki di Australia

BACA LAGI: [VIDEO] Tren LRT laluan Ampang terbakar adalah palsu — Prasarana

 

 

Dalam rakaman itu, lelaki terbabit dengan nada bangga menunjukkan baki akaun banknya sambil memberitahu bahawa dia kini sudah memiliki banyak wang.

Dia turut mendakwa tindakannya itu bertujuan untuk membuatkan bekas kekasihnya menyesal meninggalkannya ketika dia tidak mempunyai apa-apa suatu ketika dahulu.

Namun begitu, reaksi bekas kekasihnya mencuri perhatian apabila wanita itu hanya mampu tertawa mendengar kata-kata lelaki berkenaan tanpa menunjukkan sebarang kemarahan.

Video berkenaan pantas menarik perhatian warga maya yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi.

Ada yang menganggap tindakan lelaki itu sebagai lucu dan tidak matang, manakala segelintir pula berpendapat ia menunjukkan betapa besarnya kesan emosi selepas putus cinta.

Setakat ini, identiti kedua-dua individu berkenaan masih belum dikenal pasti, namun video tersebut terus hangat diperkatakan di pelbagai platform media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram