Biar lambat asalkan selamat, Mamadou Diarra mungkin 'jawapan' terbaik Selangor


  • Podium
  • Jumaat, 07 Nov 2025

Mamadou Diarra adalah pertahanan baharu Selangor. — Agensi

KRISIS di bahagian pertahanan menjadi perhatian buat Selangor FC apabila mereka kehilangan Sharul Nazeem akibat kecederaan serius.

Ia memaksa Selangor untuk bertindak dengan mendapatkan pemain baharu dengan nama Mamadou Diarra menyertai barisan Gergasi Merah pada Khamis.

Namun begitu, kecederaan Sharul atau Afro itu bukanlah petanda awal, sebaliknya Selangor sudah dihimpit dengan hint dari permulaan musim.

BACA LAGI: Berstatus ‘new arrival’, khabarnya Selangor ikat arkitek baharu perkuat jentera tengah

BACA LAGI: TMJ anggap hukuman FIFA bermotifkan politik

Tekanan sudah ada lama

Sejak dari awal musim, Selangor sudah pun berdepan dengan isu di bahagian pertahanan terutamanya melibatkan pertahanan tengah.

Dengan tiada pengganti kepada Umar Eshmurodov dan Safuwan Baharudin, Selangor hanya menggunakan Richmond Ankrah yang musim lalu beraksi bersama Penang FC.

Malangnya, itu tidak mencukupi dengan penyokong-penyokong Selangor sejak awal sudah menekan pengurusan untuk membawa pertahanan import baharu untuk memastikan benteng tidak rapuh.

Akan tetapi, mereka terpaksa menunggu sehingga Afro mengalami kecederaan serius dan barulah mereka akhirnya bertindak. Namun, lebih baik lewat daripada tiada langsung bukan?

Mampu berikan lebih pilihan

Kehadiran Diarra tidak lain dilihat sebagai rekrut yang positif buat Selangor di saat mereka benar-benar perlukan pemain di posisi tersebut.

Dengan Selangor sering menggunakan gandingan pertahanan tengah antara Sharul, Ankhrah, Mohammad Abualnadi dan Harith Haiqal, kehadiran Diarra boleh menambah kepada nilai squad depth pertahanan Selangor.

Malah, Diarra mungkin saja bukan dilihat sebagai squad player kepada Selangor namun dia berpotensi menjadi watak utama pertahanan Selangor yang amat diperlukan.

Dengan pengalaman beraksi di Eropah, Diarra mungkin saja boleh menjadi pemain penting dalam menentukan nasib Selangor musim ini.

Biar lambat asal selamat

Keputusan Selangor untuk membawa masuk Diarra boleh dianggap sebagai tindakan positif walaupun penyokong masih kecewa kerana ia lambat dilaksanakan.

Selepas mengharungi beberapa keputusan kurang baik terutamanya di peringkat Asia dan Liga Super, ketibaan Diarra ibarat tonik untuk menaikkan semula kepercayaan penyokong terhadap kelab.

Diarra pernah beraksi di Perancis bersama Grenoble. — Agensi

Musim Selangor masih belum berakhir walaupun mereka menuju ke arah yang tidak disenangi penyokong, kemasukan pemain baharu sepatutnya dapat menambah kekuatan sekali gus menggerunkan pihak lawan.

Diarra mungkin lewat tiba di Selangor, tapi biar lambat asalkan selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram