[VIDEO] 'Sampai ada yang gelar Kampung Melayu', lelaki teruja bercerita ramainya rakyat Malaysia di UK


  • Massa
  • Jumaat, 07 Nov 2025

Ramai penduduk tempatan memilih untuk ke UK bagi mencari peluang pendidikan dan pekerjaan. — Agensi

TIDAK boleh dinafikan bahawa England sudah menjadi antara destinasi pilihan buat rakyat tempatan untuk melancong kerana negara itu memiliki tarikan tersendiri.

Selain cuacanya yang dingin, negara Eropah tersebut turut menjadi tumpuan atas faktor bahasa dengan ia memudahkan segala urusan seperti tempat tinggal dan pengangkutan.

Malah, kebanjiran warga Malaysia di England tidak lagi menjadi perkara asing sehingga terdapat kawasan sekitar Manchester yang dilabel sebagai Kampung Melayu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang berdepan detik ngeri bas rempuh jejambat, polis Manchester tahan pemandu

BACA LAGI: Bekas anggota perubatan kelab Manchester mengaku curi barang, kasut bola Sergio Aguero

Perkongsian itu pernah dibuat menerusi hantaran di akaun TikTok gggetgud yang mendedahkan betapa ramainya warga Malaysia di lokasi dimaksudkan.

"Terdapat terlalu ramai orang Malaysia di Manchester, ia cukup pelik. Bayangkan, jika anda berjalan sekitar Manchester, anda akan bertemu orang Malaysia setiap lima minit.

"Ini cukup 'gila'. Malah, disebabkan terlalu ramai warga Malaysia di sini, orang melabel kawasan tersebut sebagai Kampung Melayu. Saya macam tidak menetap di negara asing," katanya.

Perkongsian itu kemudian dikongsikan di pelbagai platform media sosial lain, termasuk di akaun X CFC Nrmnrckwell yang membalas hantaran I Am Dr Joe.

Stadium Old Trafford merupakan antara tarikan utama pelancongan di Manchester. Agensi

Pengguna X tersebut pada awalnya menceritakan pengalamannya di perkarangan Stadium Old Trafford, Manchester apabila dia dan isteri sempat bertegur rakyat Malaysia.

Ini sekali gus menceritakan bagaimana Kampung Melayu di England bukanlah mitos semata-mata kerana ramai mula berhijrah ke negara ahli United Kingdom (UK) itu demi peluang pekerjaan dan pendidikan.

Kebanjiran itu juga boleh disaksikan di negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Australia dan Republik Ireland yang mempunyai landskap dan persekitaraan berbeza berbanding Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram