Tular dakwaan warga Pakistan miliki IC di Sabah, JPN dah jawab 5 bulan lepas


  • Massa
  • Khamis, 06 Nov 2025

JPN sudah menjelaskan dakwaan tersebut selepas ia pernah dibangkitkan di media sosial sekitar Jun lalu.

MASYARAKAT hari ini sering meluahkan kegusaran sekiranya warga asing memperoleh kad pengenalan walaupun perkara tersebut jelas melanggar perlembagaan negara.

Kes sedemikian dibangkitkan seorang pengguna Facebook, Iesya Toh baru-baru ini memaparkan seseorang yang kelihatan seperti warga asing, namun merupakan pemegang kad pengenalan biru.

Berdasarkan perkongsian itu, individu dimaksudkan tersebut berusia 44 tahun dan kini menetap di Sandakan, Sabah.

BACA LAGI: Jika ada salah guna MyKad, baki bantuan SARA akan dibayar balik kepada penerima — KDN

BACA LAGI: Lebih 100 MyKad hilang disalah guna tuntut bantuan SARA — KDN

Semakan menggunakan nombor MyKad itu mendapati bantuan MySara bernilai RM100 sudah habis digunakan. Facebook/Iesya Toh

"Tular gambar MyKad seorang warga Bangladesh atau Pakistan ni, saya keliru. Bagaimana dia boleh memegang kad pengenalan? Terus layak dapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA)," katanya.

Hantaran tersebut dibuat berserta tangkap layar di laman sesawang SARA memaparkan pemilik tersebut sudah menebus bantuan RM100 yang disalurkan pada 31 Ogos lalu.

Ini sekali gus menimbulkan kehairan kerana orang ramai mempertikaikan bagaimana warga asing tersebut boleh memiliki MyKad dan bukan kad pengenalan permastautin tetap berstatus bukan warganegara (MyPR).

Malah, ada juga yang mendakwa pihak berkuasa di Sabah kerap terpalit dengan isu pemberian MyKad yang pasti boleh mencalarkan imej dan kedaulatan negara.

Tetapi, semakan di laman Facebook Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati isu berhubung pemilikan kad pengenalan tersebut sudah dijelaskan menerusi satu kenyataan media dikeluarkan pada Jun lalu.

Perkongsian tersebut menyatakan kes berkenaan pernah ditularkan pada 2019 melibatkan dakwaan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru.

"Pemegang Kad Pengenalan Said Bashar Bin Shah Zadar berstatus warganegara secara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dengan pengesahan bahawa bapanya merupakan warganegara Malaysia sejak 6 Mac 1958," tulis JPN.

Penjelasan tersebut mampu menjawab persoalan dibangkitkan pengguna Facebook yang pasti gusar dan hairan bagaimana individu itu boleh memiliki MyKad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram