[VIDEO] Tren LRT laluan Ampang terbakar adalah palsu — Prasarana


  • Massa
  • Isnin, 03 Nov 2025

Tangkap layar menunjukkan kononya sebuah gerabak tren Laluan Ampang terbakar.

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) menafikan sebarang insiden kebakaran yang melibatkan gerabak tren atau fasiliti kendalian Rapid KL, susulan tular sebuah video di media sosial sejak Ahad.

Dalam kenyataan pada Isnin, Prasarana tampil menjelaskan video yang mendakwa berlaku kebakaran pada gerabak tren Laluan Ampang adalah tidak benar.

“Semakan dalaman serta pengesahan daripada pasukan operasi mengesahkan bahawa semua perkhidmatan tren berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan,” katanya.

BACA LAGI: 'Nak petik buah boleh tapi ikut undang-undang', Aliff Ahmad tegur rakyat Malaysia guna visa pelancong cari rezeki di Australia

BACA LAGI: [VIDEO] Penguat kuasa 'ambush' warga asing di Semporna, ada sanggup lari tinggalkan barang niaga

Prasarana turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan awam serta menjejaskan reputasi sistem pengangkutan awam negara.

Pada masa sama, syarikat itu juga menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau menimbulkan kekeliruan awam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih dan hanya mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Rapid KL,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, video yang memaparkan gerabak tren terbakar dan mendakwa kejadian itu berlaku di Laluan Ampang tular di TikTok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram