Jika ada salah guna MyKad, baki bantuan SARA akan dibayar balik kepada penerima — KDN


  • Massa
  • Ahad, 19 Okt 2025

Kerajaan memandang serius perkara itu dan tidak akan membiarkan penerima layak teraniaya akibat penyalahgunaan identiti.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa pemegang kad pengenalan (MyKad) yang menjadi mangsa penyalahgunaan bagi tuntutan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bayaran semula.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memandang serius perkara itu dan tidak akan membiarkan penerima layak teraniaya akibat penyalahgunaan identiti.

BACA LAGI: Tiada lagi STR untuk bujang, tapi ada ‘rezeki’ RM700 bawah bantuan tanpa tunai SARA

BACA LAGI: Sebanyak 22 juta rakyat dewasa bakal nikmati SARA RM100 Februari depan

"Sekiranya berlaku penyalahgunaan MyKad, baki bantuan SARA akan dibayar semula kepada penerima setelah siasatan mengesahkan berlakunya penyalahgunaan tersebut.

"Bagi tujuan ini, laporan polis perlu dibuat oleh pemegang MyKad, dan Kementerian Kewangan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca penyalahgunaan itu. Hak pemegang MyKad akan tetap dijamin," katanya.

Menteri KDN, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Beliau menambah, isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad sedang ditangani bagi memastikan pelaksanaan pusingan seterusnya bagi subsidi bersasar dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

"Antara langkah yang sedang dilaksanakan termasuk kemas kini data MyKad secara berkala, semakan untuk mengelak penyalahgunaan tuntutan, serta penambahbaikan keselamatan infrastruktur digital di JPN.

"Kerajaan komited memastikan pelaksanaan subsidi bersasar dijalankan secara telus, selamat dan adil," katanya. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram