Ramai tak tahu, e-Rebat cecah RM400 beli peti sejuk, penyaman udara baharu menerusi NUR: Domestik


  • Bisnes
  • Selasa, 04 Nov 2025

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR): Domestik menawarkan e-Rebat sehingga RM400 bagi pembelian peti sejuk atau penyaman udara cekap tenaga. — Gambar hiasan/Janaan Ai

 

 

NAK beli peti sejuk atau penyaman udara baharu tapi risau tak cukup modal dan bil elektrik melambung? Kini ada berita gembira buat pengguna!

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat memilih untuk bertahan dengan barangan elektrik lama walaupun sudah tidak efisien dan menggunakan tenaga tinggi.

Tambah pula, harga peralatan baharu yang lebih cekap tenaga kadang-kadang dianggap beban tambahan kepada isi rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tegur banyak kali, aduan polis pun dah buat', geng motor buat bising sampai subuh bikin penduduk Damansara Damai stres

BACA LAGI: Inovasi kreatif lencana nama ada kod QR sekolah di Melaka mudahkan kerja guru, ibu bapa pantau prestasi murid

Namun, apa yang ramai tidak tahu, kerajaan kini tampil membantu rakyat dengan memperkenalkan Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR): Domestik, satu inisiatif di bawah Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang menawarkan e-Rebat sehingga RM400 bagi pembelian peti sejuk atau penyaman udara cekap tenaga.

Lebih menarik, SEDA turut mengumumkan kuota tambahan bagi kategori NUR: Domestik di bawah Program NUR@PETRA dibuka untuk permohonan bagi seluruh negeri di Malaysia bermula 30 Oktober 2025.

Pengguna tidak perlu menunggu lama untuk menikmati Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR): Domestik kerana e-Rebat berkenaan boleh ditolak terus semasa pembelian, sama ada di kedai elektrik fizikal mahupun platform dalam talian. — Gambar Hiasan/Agensi

Langkah tersebut sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk menikmati manfaat e-Rebat, terutama bagi mereka yang terlepas pendaftaran sebelum ini.

Untuk makluman, program berkenaan diperkenalkan khusus untuk menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan perkakas elektrik yang menjimatkan tenaga, dengan hanya memilih produk berlabel kecekapan tenaga empat atau lima bintang yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga.

Lebih menarik, pengguna tidak perlu menunggu lama untuk menikmati manfaatnya kerana e-Rebat berkenaan boleh ditolak terus semasa pembelian, sama ada di kedai elektrik fizikal mahupun platform dalam talian yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Menurut SEDA, inisiatif tersebut bukan sekadar membantu rakyat berjimat ketika berbelanja, tetapi turut menyokong matlamat besar kerajaan dalam mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon.

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR): Domestik bukan sekadar membantu rakyat berjimat ketika berbelanja, tetapi turut menyokong matlamat besar kerajaan dalam mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon. — Gambar hiasan/Agensi

Langkah itu juga seiring dengan usaha Malaysia menuju ke arah ekonomi hijau dan pembangunan mampan, sejajar dengan sasaran mencapai sifar bersih karbon menjelang tahun 2050.

Bagi yang berminat, permohonan e-Rebat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), atau Sarawak Energy Berhad (SEB).

Pengguna hanya perlu layari portal rasmi SEDA Malaysia www.seda.gov.my/nur atau www.saveenergy.gov.my untuk menyemak kelayakan, mendaftar akaun dan menebus e-Rebat sebelum tempoh program berakhir.

Jangan tunggu lama-lama, kerana tempoh pelaksanaan projek ini hanya selama setahun, iaitu dari Januari 2025 hingga Disember 2025 pada ketika ini.

Jadi, kalau dah lama bercadang nak tukar peti sejuk lama yang kuat makan elektrik atau nak pasang penyaman udara baharu tanpa risau bil TNB melambung, inilah peluang terbaik untuk bertindak bijak dan nikmati penjimatan menerusi Program NUR: Domestik!. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram