Kes tembak Sungai Golok: Bekas penjaga gol Kelantan serah diri bersama senjata


  • Kes
  • Isnin, 03 Nov 2025

Suspek (tengah) dikatakan ditahan pada Ahad malam selepas tampil menyerahkan diri bersama pistol digunakan di Balai Polis Sungai Golok.

BEKAS penjaga gol import Kelantan FA musim 2019 yang merupakan salah seorang suspek terlibat dalam kes tembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu telah menyerah diri bagi membantu siasatan.

Suspek dikatakan ditahan pada Ahad malam selepas tampil menyerahkan diri bersama pistol digunakan di Balai Polis Sungai Golok.

Jurucakap pasukan keselamatan memaklumkan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua kewarganegaraan, iaitu Thailand dan Malaysia.

BACA LAGI : Tembak Sungai Golok: Polis tak tolak kemungkinan bekas kiper Kelantan melarikan diri ke Malaysia

BACA LAGI : [VIDEO] 'Tegur banyak kali, aduan polis pun dah buat', geng motor buat bising sampai subuh bikin penduduk Damansara Damai stres

Mohd Fuad Fahmie (kanan) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas dipercayai ditembak sebanyak 18 das. 

Terdahulu, media melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand meninggal dunia pada malam kejadian.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas disahkan meninggal dunia pukul 9 malam Sabtu ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas dipercayai ditembak sebanyak 18 das. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram