AKTIVITI pendakian boleh dikatakan semakin terkenal kebelakangan ini kerana peminatnya dapat bergaul bersama rakan-rakan dan pada masa sama mampu mengeluarkan peluh.
Bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah berwaspada sama ada ketika mahu memulakan atau sedang menjalani aktiviti fizikal itu.
Selain perlu memastikan tubuh berada dalam keadaan sihat, mereka yang berminat untuk mendaki wajib mengenal pasti lokasi yang bakal dikunjung bagi mengelak risiko seperti tanah runtuh atau tergelincir.
BACA LAGI: Guna khidmat skuad King Cobra secara percuma, siap sediakan buku manual buru ular berbisa
BACA LAGI: Gigit hingga mati, bayi usia 12 bulan terselamat dipatuk ular tedung di India
@anie_shop0 Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator
Malah, bagi peminat aktiviti lasak tersebut sekitar Pulau Pinang, terdapat ancaman terbaru yang menanti, lebih-lebih lagi sekiranya bercadang untuk mendaki di Bukit Jambul, George Town.
Dalam perkongsian dibuat AnieShop menerusi TikTok, kawasan tersebut ketika ini dipenuhi ular tedung yang sedang mengeram telur dengan kehadiran haiwan berbisa itu boleh mengundang risiko besar.
Rakaman berdurasi 17 saat tersebut memaparkan seekor reptilia berkenaan berada dalam kawasan khas dilengkapi pita amaran bagi mengelak orang ramai mengganggunya.
Orang ramai yang menyaksikan video berkenaan turut memberi pandangan masing-masing dengan rata-rata daripadanya berpendapat agar tidak memilih Bukit Jambul bagi mengelak ancaman besar.
"Jika tempat itu banyak ular, lebih baik jangan mendaki di situ, bahaya. Risau tidak nampak dan terpijak daun-daun kering, rupanya ada di dalam itu. Kalau sedang menjaga telur, ia akan menjadi lebih garang," kata Dylaa.

Aktiviti pendakian cukup diminati orang ramai ketika ini, lebih-lebih lagi buat pencinta alam sekitar. — Gambar hiasan
"Hendak hiking, teruskan sahaja. Tiada masalah pun, cuma perlu berhati-hati. Mata perlu 200 peratus ditumpukan pada laluan. Ular ini mudah je sebenarnya, ia tidak akan menyerang kalau tak rasa terancam," kata Hafiz Halim.
Perkongsian berkenaan cukup penting kerana hanya tujuh mililiter bisa ular tedung boleh membunuh kira-kira 20 ke 30 manusia dewasa dalam tempoh singkat.
Malah, kes melibatkan pendaki dipatuk ular bukanlah perkara asing kerana tahun lalu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalami pengalaman sedemikian di Gunung Tahan, Perak.
Kes sedemikian perlu dijadikan kesedaran kepada pencinta aktiviti pendakian agar lebih peka dan waspada dalam mengelak risiko diserang haiwan buas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
