Gigit hingga mati, bayi usia 12 bulan terselamat dipatuk ular tedung di India


  • Benua
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Govinda terselamat daripada bisa ular tedung selepas menggigitnya sehingga mati.

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah yang terjadi kepada seorang bayi di India yang berdepan detik mencemaskan terkena bisa seekor ular.

Menurut laporan di India, Govinda, bayi yang baru saja berusia setahun itu terkena bisa oleh seekor ular tedung yang cukup berbisa.

Kejadian itu berlaku di Bettiah, dekat negeri Bihar, timur India sewaktu Govinda sedang bermain di rumahnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Laos turut jadi mangsa perang Thailand-Kemboja

BACA LAGI: Perhimpunan Turun Anwar berjalan lancar, acara diakhiri bacaan doa

Sedang bermain, ular tedung itu kemudiannya datang ke arah tangannya sebelum berlakunya situasi tidak diduga.

Govinda yang berasa terganggu dengan kehadiran ular itu kemudiannya menggigit ular tersebut sehingga mati menggunakan walaupun masih belum mempunyai gigi yang banyak.

Tindakan Govinda itu kemudiannya menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Govinda dibawa ke fasiliti kesihatan berhampiran rumahnya, namun terpaksa dipindahkan ke hospital besar selepas keadaannya semakin merosot.

Di hospital, keadaan Govinda dilaporkan semakin stabil tetapi masih dalam pemerhatian doktor. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram