KEMENTERIAN Pengangkutan mendapati lori yang melanggar trak polis sehingga mengorbankan nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Mei lalu melebihi had muatan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, penemuan itu diperolehi Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan yang ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
"Pasukan khas mendapati lori 'tipper' itu membawa batu kerikil melebihi 70 peratus atau 40,960kg daripada had Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Kuda ‘terlepas’ punca 2 kemalangan berasingan di Merlimau, penunggang motor maut
BACA LAGI: Garisan putih, cermin sisi antara 5 penyebab penunggang motosikal alami kemalangan tak disangka

Senarai anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan melibatkan trak polis dan lori tipper tersebut.
"Keadaan ini menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan dan perlanggaran dengan lori FRU yang sedang berkonvoi pulang ke Ipoh," kata kementerian tersebut.
Insiden itu menyebabkan sembilan anggota terkorban, dua cedera parah sementara tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan ketika dua kemalangan itu bertembung di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu.
Jelas kementerian itu lagi, sejumlah 16 syor keselamatan sudah dikemukakan merangkumi enam bidang utama antaranya peningkatan pematuhan ICOP, keselamatan serta penambahbaikan Akta 715.
"Kementerian menegaskan bahawa siasatan keselamatan ini tidak bertujuan untuk menetapkan kesalahan atau menentukan liabiliti mana-mana pihak, sebaliknya untuk memperkukuh dasar keselamatan pengangkutan darat agar tragedi seumpama ini tidak berulang," ujarnya,
Ia juga menunjukkan keperluan untuk menyemak semula spesifikasi dan ciri keselamatan kenderaan operasi milik Kerajaan (termasuk FRU, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan) bagi memastikan keselamatan anggota dan pengguna jalan raya awam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
