Angkara nama sama, mahkamah tersilap bebas banduan rogol budak lelaki 9 tahun


  • Benua
  • Sabtu, 31 Mei 2025

Pihak Mahkamah Faridabad, India yang tersilap membebaskan seorang banduan dengan kesalahan berat. — Gambar hiasan/Agensi

KES melibatkan pertukaran dua banduan mempunyai nama yang sama di Faridabad, India baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

Berdasarkan laporan agensi, kesilapan oleh pihak Mahkamah Faridabad itu secara tidak langsung menyebabkan banduan dengan kes jenayah berat terlepas.

Dalam kes itu, tertuduh, Nitesh Pandey, 27, ditahan pada 2021 kerana merogol seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

BACA LAGI: Selepas umum keluar Umno, PKR belum terima permohonan rasmi Tengku Zafrul — Fuziah

BACA LAGI: Sedia berundur dari parti, Kabinet jika tak dipilih semula sebagai pemimpin PKR — Rafizi Ramli

Manakala, seorang lagi tertuduh dengan nama Nitesh, 24, ditangkap atas kesalahan menceroboh sebuah rumah sebelum sepatutnya dibenarkan diikat jamin pada hari berikutnya. 

Kedua-dua tertuduh juga sebelum ini ditempatkan dalam satu penjara yang sama.

Namun, pada hari kejadian, pihak penjara tersilap membebaskan Nitesh Pandey yang merogol kanak-kanak bawah umur.

Susulan itu, pihak berkuasa bertindak untuk menjejaki dan menahan semula tertuduh berkenaan.

"Kami sudah membuat aduan kepada Balai Polis Sadar terhadap Nitesh Pandey kerana mendapatkan pembebasannya dengan menyembunyikan identitinya," katanya.

Sementara itu, lima pekerja yang digantung kerja berikutan tersilap pembebasan berlaku selepas siasatan dalaman dijalankan oleh penguasa penjara Harendra Singh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram