[VIDEO] Acah-acah rider konon, beg pun tak ada tapi songlap 'order' makanan orang


  • Tular
  • Selasa, 28 Okt 2025

Dua pemuda (tengah) menyamar sebagai penghantar makanan sebelum mencuri di sebuah restoran

MASA kini, ada macam-macam cara untuk orang melakukan kegiatan mencuri tidak kira di mana tempatnya.

Malah, mereka sanggup menyamar untuk memastikan modus operandi mereka menjadi sekali gus kegiatan mencuri dapat dilakukan.

Seperti yang tular di media sosial, terdapat kegiatan mencuri makanan di restoran dengan pencurinya menyamar sebagai penghantar makanan.

BACA LAGI: Ungkapan 'I love you' di dalam lif, penghantar makanan berjaya pikat hati guru

BACA LAGI: Lesen memandu fizikal mudahkan urusan rakyat, lagi-lagi pekerja sektor e-hailing, penghantar makanan

Dalam rakaman tersebut, terdapat dua pemuda dipercayai menyamar sebagai penghantar makanan berlegar-legar di sebuah restoran.

Mereka kemudiannya berpura-pura memeriksa telefon kononnya menyemak pesanan makanan yang dibuat pelanggan padahal ia tidak ada.

Selepas itu, mereka kemudian mengambil bungkusan makanan tersebut dan berlalu pergi tanpa disedari oleh pekerja restoran.

Tindakan mereka itu dilakukan dengan mudah kerana kesibukan di restoran membuatkan pengawasan terhadap pencuri tidak begitu ketat.

Namun begitu yang menjadi mangsa adalah pelanggan kerana pesanan mereka tidak sampai-sampai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram