SIDANG Kemuncak Asean ke-47 yang diadakan di Kuala Lumpur jelas menjadikan Malaysia sebagai tumpuan seluruh dunia.
Bukan kerana persidangan itu sendiri, malah kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut membuatkan semua tertumpu kepada Malaysia.
Dengan datangnya Trump ke Malaysia, rakyat AS turut mengikuti rapat persidangan tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini.
BACA LAGI: [VIDEO] Senangnya hidup, pemuda tanpa segan silu curi 'parcel' di perumahan Skudai
BACA LAGI: [VIDEO] Nasib sempat elak, kereta terselamat 'ditelan' tanah runtuh di Balik Pulau
Bukan persidangan dan kehadiran pemimpin dunia menjadi tumpuan, tetapi tahap pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara membangun turut menadi perhatian.
Ini dibuktikan dengan komen positif yang ditinggalkan rakyat AS menerusi laman X.
Bagi seorang rakyat AS dikenali sebagai Lynn, dia jelas kagum dengan kualiti infrastruktur di Malaysia yang dilihat maju dan bersih.
Melihat kepada video Trump dan delegasi AS melalui Lebuh Raya Maju atau MEX menuju ke Putrajaya, dia melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan tidak mundur.
Malah katanya, jalan di California dilihat lebih teruk daripada itu.
"Jalan mereka lebih bersih daripada apa yang kita ada di California," ujarnya.
Malah, ada juga seorang lagi rakyat AS yang berpendapat serupa dengan membandingkan kualiti jalan di Charlotte, Carolina Utara.
"Semua lebuh raya itu tampak jauh lebih bersih daripada sesetengah lebuh raya dan jalan utama di Charlotte. Tapi semua orang ingat Malaysia ni negara dunia ketiga," kata Chris.
Sidang Kemuncak Asean ini jelas berjaya memberikan pandangan yang baik terhadap delegasi luar terhadap Malaysia.
Malah, mereka yang mengekori rapat persidangan ini turut mengubah pemikiran mereka dengan tidak lagi menanggap Malaysia sebagai negara mundur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
