[VIDEO] Hampa ‘debut’ Moto3 tak menjadi, Hakim Danish tetap disambut bak wira di Sepang


  • Podium
  • Ahad, 26 Okt 2025

Hakim (kiri) terharu melihat sokongan penyokong di Sepang selepas penampilan pertamanya di Moto3.

IMPIAN untuk mempunyai penampilan pertama dalam saingan Moto3 bagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli berkecai apabila jentera digunakannya mengalami masalah teknikal.

Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan AEON Credit SIC Racing MSI memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada petak ke-12 berdepan situasi tersebut semasa perlumbaan.

Ketika berjaya menduduki tempat ke-11 pada pusingan kelima, jentera Hakim mula mengalami masalah teknikal dan dia terpaksa menarik diri.

BACA LAGI: 'Buktikan dulu', mengaku ibu orang Malaysia, susur galur bekas pemain akademi Arsenal mesti disiasat

BACA LAGI: Liverpool tumbang lagi, Arne Slot salahkan pengadil bagi Brentford penalti

Apa yang berlaku kepada Hakim itu jelas mengecewakannya di saat beraksi buat kali pertama atas tiket peserta wildcard.

Namun begitu, kekecewaan Hakim itu dibilas semula oleh sambutan bak wira oleh penyokong yang hadirkan diri ke Sepang bagi menyaksikan perlumbaan.

Sokongan penyokong terhadap peserta tuan rumah jelas kelihatan dengan mereka memberikan tepukan gemuruh kepada Hakim.

Hakim kemudiannya membalas sorakan itu dengan melambai-lambai ke arah mereka sebelum melemparkan topi dipakainya kepada penonton.

Perlumbaan Moto3 dimenangi oleh pelumba Jepun, Taiyo Furusato diikuti Angel Piqueras di tempat kedua dan Adrian Fernandez meraih tempat ketiga. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram