Integrasi MyDigital ID dalam aplikasi myPTPTN bantu urusan lebih selamat, efisien


  • Bisnes
  • Khamis, 23 Okt 2025

Pemohon baharu PTPTN perlu mendaftar dengan MyDigital ID sebelum boleh membuka akaun myPTPTN. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID bagi mengintegrasikan sistem pengenalan digital nasional itu ke dalam aplikasi mudah alih myPTPTN.

Platform myPTPTN membolehkan pengguna memohon pinjaman pendidikan, menyemak penyata dan baki pinjaman, membuat bayaran balik serta melabur dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), di sampung beberapa fungsi lain yang disediakan.

Selepas ini, pemohon baharu PTPTN perlu mendaftar dengan MyDigital ID terlebih dahulu sebelum dapat mencipta akaun myPTPTN. Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigital ID atau di kiosk fizikal yang disediakan.

BACA LAGI: Bermula dari tapak semaian, Rumapokok kini jadi kafe ubah landskap F&B di Sungai Pelek

BACA LAGI: STR Fasa 4 dibayar Sabtu, 8.8 juta penerima dapat RM100 hingga RM700 ikut kategori

Platform myPTPTN membolehkan pengguna memohon pinjaman pendidikan, menyemak penyata dan baki pinjaman, membuat bayaran balik serta melabur dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). — myPTPTN

Pada 22 Oktober lalu, Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, integrasi itu akan membolehkan penyampaian perkhidmatan dalam talian yang lebih cekap serta meningkatkan pengalaman pengguna.

“Transformasi ini memberi manfaat besar kepada orang ramai kerana membolehkan mereka melakukan urusan dengan mudah, pantas dan selamat dari rumah, kampus atau di mana-mana sahaja,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web MyDigital ID dan PTPTN.

PTPTN mengesyorkan penggunaan MyDigital ID sebagai alternatif log masuk yang lebih selamat di laman web rasminya.

Perlu diketahui bahawa pengguna sedia ada myPTPTN masih boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan masing-masing. Namun, PTPTN mengesyorkan penggunaan MyDigital ID sebagai alternatif log masuk yang lebih selamat di laman web rasminya.

Terdahulu, pada awal bulan ini, MyDigital ID dijadikan kaedah log masuk tunggal bagi aplikasi MyBayar PDRM, dengan kerajaan turut merancang untuk menggunakan sistem pengenalan digital nasional itu bagi pendaftaran kad SIM prabayar menjelang akhir tahun ini, menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. — The Star / CHRISTOPHER FAM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram