[VIDEO] Berang disita JPJ, remaja bawah umur nekad bakar lori ‘hantu’ di Terengganu


  • Kes
  • Rabu, 22 Okt 2025

Lori tersebut dibakar pemilik lori berkenaan yang turut memiliki beberapa saman dikenakan terhadapnya.

HANYA kerana mahu mengelak kenderaan berat miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemilik lori tekad membakar kenderaan tersebut dalam satu kejadian kira-kira pukul 1.30 pada Rabu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, kejadian dilaporkan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus, Terengganu ketika pasukan rondaan mengesan mengesan sebuah lori disyaki melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas 

Dia berkata, lori itu kemudian ditahan untuk pemeriksaan yang mendapati pemandu merupakan remaja bawah umur dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh lebih dua tahun selain dikesan gagal menjalani pemeriksaan Puspakom sejak 2023.

BACA LAGI: [VIDEO] Disyaki terkena serangan jantung, pemandu lori simen hilang kawalan cetus panik di Kubang Kerian

BACA LAGI: [VIDEO] Dakwa keputusan Puspakom tak konsisten, pemandu lori merayu JPJ campur tangan

"JPJ mengambil tindakan menyita lori itu, namun pemilik kenderaan yang tiba di lokasi kemudian enggan memberi kerjasama dan bertindak membakar lori berkenaan dalam cubaan menghalang tindakan sitaan.

"Siasatan awal mendapati pemilik syarikat mempunyai enam saman aktif atas nama syarikat serta empat saman atas nama pemandu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, antara kesalahan yang direkodkan termasuk memandu tanpa LKM sah, tiada insurans, pemandu bawah umur di bawah 17 tahun serta dua kesalahan ubah suai kenderaan.

JPJ akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batas undang-undang, selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pemilik kenderaan itu juga boleh disabitkan mengganggu tugas penjawat awam dan akan dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja, selain dalam siasatan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram