Semua jadi kelam-kabut, Lembah Klang, Kedah dan JB terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba


  • Massa
  • Rabu, 15 Okt 2025

Suasana di sekitar pejabat di Petaling Jaya susulan bekalan elektronik terputus.

PENDUDUK di sekitar Lembah Klang gempar seketika apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba pada Rabu, sekali gus mengundang pelbagai rungutan di media sosial.

Antara kawasan yang terjejas ialah Seksyen 16 dan Kelana Jaya di Petaling Jaya, Damansara Heights, Mont Kiara dan sebahagian Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Bukan suruh rotan atau jerit, ibu bapa perlu ada batas didik anak

BACA LAGI: 'Jangan sesekali mangsakan orang lain', hukuman rotan bukan penyelesaian hakiki, ibu bapa teman terbaik anak remaja

Bukan itu sahaja, ruangan komen di media sosial juga memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Kedah dan Johor juga difahamkan mengalami situasi sama. 

Dalam pada itu, TNB memberitahu di Facebook bahawa berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

"Pasukan teknikal kami berada di tapak dan berusaha memulihkan bekalan elektrik," katanya. 

Menerusi kenyataan terbaharu TNB di Facebook mengesahkan bahawa gangguan tersebut berpunca daripada insiden di Stesen Penjana Bebas (Independent Power Producer, IPP) Edra Power Plant di Melaka.

Insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor Bahru mengalami gangguan bekalan.

"Insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka menjadi punca kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan.

"Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

TNB turut memaklumkan bahawa pasukan teknikal telah dikerahkan ke lokasi terlibat bagi memastikan bekalan dapat dipulihkan secepat mungkin dan meminta orang ramai yang terjejas supaya bersabar sementara kerja pemulihan dijalankan.

Setakat pukul 5:30 petang, bekalan telah dipulihkan di kawasan seperti Damansara City, Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram