
POLIS menahan lima wanita wanita yang terbabit dalam satu insiden pergaduhan di sebuah taman perumahan di Tangkak, Johor pada Rabu
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, penahanan itu dibuat selepas video tersebut tular di laman media sosial.
Katanya, penyodok sampah, penyapu dan gayung antara senjata dilihat dalam pergaduhan membabitkan lima wanita terbabit.
BACA LAGI : [VIDEO] Seperti ada dendam lama, aksi 2 jiran bergaduh jatuhkan martabat wanita, semangat kejiranan
"Polis mengambil maklum mengenai video berkenaan dan kejadian berlaku di taman perumahan di Bukit Gambir.
"Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 7.39 pagi dan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial," katanya pada Sabtu.
Jelas beliau lagi, hasil siasatan mendapati, insiden itu membabitkan lima wanita dengan kejadian berpunca daripada perselisihan antara jiran tetangga di taman perumahan terbabit.
"Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan individu terbabit sudah pun dikenal pasti," katanya ketika dihubungi.
Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Polis komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga. Mereka mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222 atau balai polis berhampiran," katanya.
Dalam perkembangan lain, seorang pengguna TikTok is8idfckno_ pada Jumaat mendakwa kejadian itu berpunca daripada sikap salah seorang suspek yang tidak bertimbang rasa.
"Ini memang hobi dia. Suka alih tong orang dan mengalihkan tong sampah serta pasu jiran yang lain.
"Langgar pasu serta parkir di rumah orang," katanya.
Difahamkan is8idfckno_ merupakan bekas jiran kepada suspek yang bertudung hijau.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden pergaduhan dua keluarga jiran wanita, selepas video tersebut dimuat naik oleh Malaysian Crime Watch - MyWatch. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram