
SEBANYAK 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 23 hingga 29 Oktober ini bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil selepas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak berkenaan.
Menurut KPM, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid tidak terjejas selain memelihara kesejahteraan warga sekolah yang terlibat.
BACA LAGI : Merempat bawah flat selepas dihalau, nasib ibu tunggal warga Indonesia bersama 8 anak dibela penduduk Tampoi
BACA LAGI : 'Anak saya ditikam 200 kali', ibu pelajar maut rayu hentikan sebar cerita palsu
“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
KPM turut menegaskan pengalaman sebelum ini ketika pelaksanaan PdPR sewaktu pandemik serta semasa Sidang ASEAN pada Mei lalu membuktikan kaedah tersebut berkesan dalam mengekalkan proses pembelajaran tanpa menjejaskan kesejahteraan murid dan guru.
Antara sekolah yang terlibat termasuk SK Assunta (Satu), SK Lembah Subang, SMK TTDI Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Convent Bukit Nanas, dan beberapa sekolah antarabangsa seperti St. John’s International School dan Asia Pacific International School.
Senarai penuh sekolah yang terlibat boleh dirujuk melalui laman rasmi KPM https://www.moe.gov.my/. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram