‘KL lockdown’, 6 lebuh raya termasuk Elite-MEX antara ditutup sempena Sidang Kemuncak Asean


  • Massa
  • Khamis, 16 Okt 2025

Pelbagai jalan dan lebuh raya ditutup sempena Sidang Kemuncak Asean.

PIHAK polis mengumumkan penutupan jalan serta lencongan melibatkan enam lebuh raya dan 25 jalan sekitar Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penutupan jalan itu akan bermula pada 26 Oktober (Ahad) secara berperingkat.

Dalam masa yang sama, latihan perarakan kenderaan rasmi akan dijalankan dari 17 hingga 25 Oktober.

BACA LAGI: HOD ada budi bicara luluskan permintaan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN

BACA LAGI: Malaysia destinasi percutian pilihan pelancong sekitar Asean

Komisioner Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

"Penutupan jalan secara dan lencongan secara berkala akan dilakukan secara berperingkat, ia akan memberi kesan kepada enam lebuh raya utama dan 25 jalan seluruh Kuala Lumpur," kata Mohd Yusri pada Khamis.

Bermula Jumaat sehingga 25 Oktober, beberapa jalan akan terkesan kerana raptai yang dilakukan pihak polis.

Jalan tersebut adalah Lebuh KLIA, Lebuh Raya ELITE (KLIA ke Putrajaya), Lebuh Raya NKVE (Subang ke Jalan Duta), Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan (Sungai Buloh ke Jalan Duta), Lebuh Raya MEX, Lebuh Raya KL–Seremban (Sungai Besi ke Pusat Bandar), Lingkaran Putrajaya, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Parlimen, Jalan Kuching.

Polis juga mengatakan yang laluan dari hotel ke KLCC akan dikawal dari 8 pagi pada 26 Oktober sehingga selesai dengan laluan arah bertentangan juga dikawal pada hari yang sama.

Persimpangan yang dikawal adalah seperti berikut:

  • Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak dan Jalan Pinang

  • Persimpangan Jalan Stonor dan Jalan Kia Peng

  • Persimpangan Jalan Stonor dan Persiaran KLCC

Pada 27 Oktober bermula 8 pagi sehingga selesai, jalan daripada hotel ke KLCC akan dikawal.

Polis turut mengawal arah bertentangan pada hari serupa bermula 7 malam sehingga selesai di persimpangan-persimpangan tersebut:

  • Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak dan Jalan Pinang
  • Persimpangan Jalan Stonor dan Jalan Kia Peng
  • Persimpangan Jalan Stonor dan Persiaran KLCC

Pada 28 Oktober pula, laluan dari hotel ke KLIA dan Pangkalan Udara Subang akan dikawal bermula 8 pagi sehingga selesai:

  • Lebuh KLIA

  • Lebuh Raya ELITE (KLIA ke Putrajaya)

  • Lebuh Raya NKVE (Subang ke Jalan Duta)

  • Lebuh Raya Guthrie

  • Lebuhraya Utara–Selatan (Sungai Buloh ke Jalan Duta)

  • Lebuh Raya MEX

  • Lebuh Raya KL–Seremban (Sungai Besi ke Pusat Bandar)

  • Lingkaran Putrajaya

  • Jalan Istana

  • Jalan Damansara

  • Jalan Tun Razak

  • Jalan Ampang

  • Jalan Sultan Ismail

  • Jalan Bukit Bintang

  • Jalan Imbi

  • Jalan Parlimen

  • Jalan Kuching

Orang ramai disarankan untuk merancang perjalanan pada tarikh tersebut. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram